You are here
Jelajah Anatomi Faizal Tahir raih lebih 6 ribu peminat Galeri 

Jelajah Anatomi Faizal Tahir raih lebih 6 ribu peminat

SEMPENA pelancaran album Anatomi FT, penyanyi Faizal Tahir telah melakukan siri Jelajah Anatomi Faizal Tahir untuk bertemu peminat.

Jelajah bermula di Johor Bahru, Johor kemudian ke Sungai Petani, Kedah dan berakhir di Putrajaya dalam tempoh masa tiga hari berturut-turut.

Secara keseluruhan, Faizal berjaya menarik lebih 6000 pengunjung untuk ketiga-tiga siri jelajah. Semua yang hadir nyata terhibur dengan persembahan bertenaga Faizal.

 

Antara lagu yang dipersembahkan oleh Faizal Tahir pada malam terakhir siri jelajah Anatomi Faizal Tahir adalah Assalamualaikum, Bukan Yang Pertama, Menang, Suriram dan Sejati.

Anatomi merupakan album pertama Faizal bersama Warner Music Malaysia selepas berhijrah dari Monkey Bone Records.

Album tersebut menampilkan tujuh buah lagu iaitu Assalamualaikum, Sayang, Sejati, Setia, Suriram, Menang dan Bukan Yang Pertama.

Di samping itu, terdapat bonus track iaitu Dirgahayu, Negaraku dan tiga versi Assalamualaikum iaitu versi Anugerah Bintang Popular BH 2014, Anugerah Juara Lagu ke-30 dan akustik.

anatomift-002

anatomift-003

anatomift-004

 

anatomift-010

anatomift-013

anatomift-016

 

Related posts

Leave a Comment