You are here
JELAJAH MUZIK SAFI BALQIS beri peluang peminat serlahkan bakat Buletin Hiburan 

JELAJAH MUZIK SAFI BALQIS beri peluang peminat serlahkan bakat

JENAMA produk kecantikan Safi Balqis dengan kerjasama syarikat rakaman Sony Music Malaysia bakal memberi peluang kepada penggunanya bertemu artis popular tanah air dalam siri Jelajah Muzik Safi Balqis.

Antara artis yang terlibat adalah Aliff Aziz, Altimet, Ary Hadre, Haqiem Rusli, Ifa Raziah, Persis. Projector Band dan ramai lagi. Meneruis program ini peminat bukan sahaja dapat berhibur bersama artis kesayangan mereka, malah secara tidak langsung diberi pendedahan lanjut tentang rangkaian produk Safi Balqis.

Sempena siri jelajah kali ini, Safi Balqis turut melancarkan promosi Safi Balqis Oxy White yang mana lagu nyanyian Farisha Irish berjudul Tak Malu telah dijadikan lagu tema bagi video komersial.

Siri jelalah ini turut memberi peluang orang untuk menyerlahkan bakat mereka dalam bidang nyanyian. Dengan pembeli produk Safi Balqis peminat dapat berkongsi pentas dengan artis kesayangan mereka.

Lima lokasi yang terbabit untuk siri jelajah itu termasuklah Mydin Pulau Sebang, Melaka pada 16 April, Universiti Utara Malaysia, Kedah (19 April), Kompleks Beli-Belah Bukit Jambul, Pulau Pinang (23 April), Universiti Putra Malaysia, Serdang (29 April) dan Mydin Senawang, Seremban (7 Mei).

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen jelajah kolaborasi Safi Balqis bersama Sony Music #JelajahMuzikSafiBalqis, sila layari Facebook serta Instagram rasmi Safi Malaysia (https://www.facebook.com/SAFI.MY/ atau www.instagram.com/safimalaysia) dan Sony Music Malaysia & Syok Muzik (https://www.facebook.com/sonymusicmy/https://www.facebook.com/syokmuzik /www.instagram.com/sonymusicmy).

Related posts

Leave a Comment