You are here
Jenama AMEEN terus jadi pilihan pengguna Advertorial 

Jenama AMEEN terus jadi pilihan pengguna

PERISA minuman Ros Ameen cukup terkenal sejak ia mula dipasarkan pada tahun 1982. Selari dengan permintaan pasaran syarikat Ameen terus menghasilkan variasi pati berperisa dan kordial.

Selain sirap ros, Ameen turut mengeluarkan lapan lagi pati berperisa lain iaitu oren, anggur, pisang, jagung, laici, sirap limau, bandung dan sarsi. Manakala tiga kordial minuman adalah mangga, oren dan kiwi.

Setiap produk keluran Ameen pastinya menggunakan bahan berkualiti tinggi dan setiap botol mampu untuk menghasilkan gelas bancuhan yang banyak sesuai untuk penggunaan harian di rumah atau majlis.

Bagi meningkatkan dan mengekalkan mutu produk, syarikat Ameen telah menaiktaraf mesin pemprosesan dengan menggunakan teknologi lebih canggih. Bermula dengan pengeluran secara tradisional, kini Ameen mula menggunakan mesin automatik agar hasil lebih konsisten.

Syarikat Ameen juga sentiasa menjalankan aktiviti research & development (R&D) sebagai langkah memantau kualiti serta menghasilkan produk baharu. Pekerja akan diberi latihan dai masa ke semasa supaya cekap melaksanakan tugas harian.

Syarikat Ameen menyasarkan perniagaan ke peringkat global dan matlamat tersebut pastinya bukan satu yang mustahil dengan pengalamana lebih 30 tahun.

ameen

Related posts

Leave a Comment