You are here
Kekasih Ben Ali cemburu dengan Mira Filzah? Hiburan Tempatan 

Kekasih Ben Ali cemburu dengan Mira Filzah?

NAMA pelakon Ben Ali,27 sebelum ini pernah dikaitkan punya hubungan rapat dengan Mira Filzah. Namun pasti ada yang tidak tahu sebenarnya Ben sendiri sudah punya kekasih hati ketika namanya digosipkan dengan Mira.

Awalnya Ben tidak pernah mendedahkan siapa kekasih hatinya. Disebabkan semakin ramai yang bercakap tentang dia dengan Mira, maka Ben sendiri mengambil keputusan untuk mendedahkan dia sedang dilamun cinta dengan wanita bernama Nadia Shahab yang juga merupakan pelakon baharu.

“Memang dari awal perkenalan dengan Nadia saya tidak pernah dedahkan kami sedang bercinta. Disebabkan ramai yang cakap saya kekasih Mira Filzah, maka saya sendiri yang beritahu siapa kekasih sebenar.

“Saya buat semua itu kerana mahu menjaga hati Nadia. Seorang wanita pastinya lebih sensitif dan  rasa cemburu apabila teman lelakinya sering dikaitkan dengan wanita lain,” jelas pemilik nama penuh Nur Ali Nadzwan ini.

Ditanya tentan perancangan ke fasa seterusnya dalam perhubungan, kata Ben dia cukup sedia menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami.

“Umur sudah lanjut, jadi pastinya saya sudah sedia untuk berkahwin.

“Memang ada perancangan tetapi bukanlah dalam masa terdekat. Jika tiada sebarang masalah mungkin kami akan berkahwin tahun hadapan,” ujar Ben.

Ben bersama Nadia. Foto dari Instagram Ben Ali.

Ben ditemui ketika sesi fotografi bersama pelakon Dubai My Love di Putrajaya. Filem ini merupakan percubaan pertama Ben berlakon di layar perak. Selain Ben, pelakon lain yang terlibat dalam filem ini adalah Erwin Dawson, Putri Najuwa dan Hanna Aqeela.

Related posts

Leave a Comment