You are here
Kekasih sanggup tunggu – RAJA ILYA Hiburan Tempatan 

Kekasih sanggup tunggu – RAJA ILYA

SEKALIPUN dilihat memakai cincin permata di jari manisnya, pelakon Raja Ilya menafikan dia sudah bertunang dengan kekasihnya.

Ilya sebelum ini terbuka memberitahu dia sedang  menjalin hubungan cinta degan seorang jejaka asal Australia, namun tiada perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

“Cincin ini diberi sebagai tanda perkenalan dan dia rasakan ia sesuai untuk saya. Sudah lebih setahun saya pakai dan rasa suka, sebab itu jarang ditanggalkan.

“Tiada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat. Jadual kerja saya tahun ini juga agak padat. Jadi rasanya belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

“Dia tahu saya belum bersedia dan sanggup untuk menunggu. Dalam masa yang sama saya juga risau dengan hubungan jarak jauh. Jika saya berkahwin maka saya harus terus menetap di sana.

“Ibu saya sedang sakit dan saya seorang pecinta kucing. Saya tidak boleh nak bawa semua berpindah ke sana. Jadi keutaaman saya sekarang adalah keluarga,” jelas Ilya.

Ilya ditemui ketika majlis tayangan perdana filem Soulmate Hingga Jannah yang menggandingkan dia dengan Taufik Batisah sebagai teraju utama.

Bercakap tentang filem arahan Prof. Datuk A. Razak Mohaideen ini, kata Ilya dia mendapat sokongan isteri Taufik sendiri bagi mewujudkan keserasian bersama ketika di lokasi.

“Isteri Taufik seorang yang positif dan banyak memberi sokongan. Dia sendiri yang akan kritik dan membantu mengeratkan hubungan saya bersama Taufik supaya lakonan kami menjadi,” cerita Ilya.

Selain Ilya dan Taufik filem ini turut dibintangi oleh Erra Fazira, Dauglas Lim dan Reen Rahim. Soulmate Hingga Jannah akan mula ditayangkan pada 16 Januari di seluruh negara termasuk Brunei dan Singapura.

Barisan pelakon Soulmate Hingga Jannah. FOTO: UTUSAN.
Barisan pelakon Soulmate Hingga Jannah. FOTO: UTUSAN.

 

Related posts

Leave a Comment