You are here
Kerjaya seni bukan lagi fokus RAHMAD MEGA Hiburan Tempatan 

Kerjaya seni bukan lagi fokus RAHMAD MEGA

SELEPAS merakamkan lagu berjudul Sajadah Kaabah di Indonesia, penyanyi Rahmad Mega,48 tidak menolak terus kembangkan kerjaya seni di negara jiran itu.

“Sudah ada tawaran untuk merakamkan lagu seterusnya di sana. Selepas lagu dengan konsep ketuhanan, mungkin selepas ini saya akan bawakan tema kemanusian. Selain itu ada tawaran berduet merakamkan semual lagu-lagu arwah Deddy Dores.

“Saya sendiri tidak sangka ada tawaran sebegitu. Buat masa sekarang saya fokus dahulu untuk mempromosikan single pertama di sana. Malah jadual sepanjang Ramadan sudah penuh dengan undangan nyanyian di sana.

“Nampak gayanya saya perlu bersedia untuk lebih serius melebarkan kerjaya di Indonesia,” jelas Rahmad yang dahulu pernah popular dengan lagu Bayangan Gurauan bersama kumpulan Mega.

Rahmad sempat bertemu keluarga awah Deddy Dores ketika di Jakarta, Indonesia.

Sekali pun peluang baharu muncul, namun Rahmad tidak mahu terlalu fokus dalam dunia seni. Sebaliknya dia menganggap ini adalah platform terbaik untuk kembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa.

“Memang saya tidak bercadang untuk berhenti menyanyi. Namun saya perlu tahu batas dalam dunia seni. Tidak mungkin sekarang ini saya akan jadi lebih popular. Untuk kekalkan populariti saya akan tampil dengan lagu dan album baharu.

“Seni sudah menjadi perkara kedua dalam hidup saya selepas bidang perniagaan. Sebab itu saya juga tidak rasa tertekan untuk mengejar undangan menyanyi. Jika ada undangan dan saya berkesempatan untuk melakukannya, makan saya akan buat,” jelas Rahmad.

Bercakap tentang kerjaya di tanah air, kata Rahmad dia sudah pun menyiapkan enam lagu yang bakal dimuatkan dalam album baharunya.

Related posts

Leave a Comment