You are here
KHAIRUL HAFIZ JANTAN yakin catat rekod baharu Sukan 

KHAIRUL HAFIZ JANTAN yakin catat rekod baharu

JAGUH pecut negara, Khairul Hafiz Jantan yakin dia mampu untuk mencipta rekod baharu dalam temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) kali ini.

Khairul,19 sebelum ini mencatatkan rekod kebangsaan 10.18s bagi acara 100 meter ketika Sukan Malaysia di Kuching, Sarawak tahun lalu.

Rekod Sukan SEA bagai acara 100 meter kini dipegang oleh atlet dari Indonesia, Suryo Agung sewaktu meraih emas pada Sukan SEA 2009 di Vientiane, Laos.

Khairul juga meletakkan harapan tinggi untuk memecahkan rekod 20.69s acara 200 meter milik pelari pecut Thailand, Reanchai Seeharwong pada Sukan SEA Brunei 1999.

“Jika diizinkan, insya-Allah saya akan memecahkan rekod Sukan SEA. Jurulatih saya lebih mengetahui segalan-galanya mengenai potensi diri saya.

“Beliau sudah melatih saya sejak tingkatan tiga sehingga sekarang. Beliau tahu sama ada asaya boleh atau tidak tetapi saya sendiri yakin dengan kemampuan diri,” ujar Khairul seperti yang dipetik dalam akhbar KOSMO!.

Khairul bakal beraksi dalam acara 100 meter di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 Ogos ini dan untuk berentap dalam acara 200 meter pada keesokkan harinya.

Dia juga mewakili negara untuk acara 4×100 meter bersama Jonathan Nyepa, Badrul Hisyam Abdul Manap dan Nixson Kennedy serta Muhammad Haiqal Hanafi.

 

Related posts

Leave a Comment