You are here
Koleksi Dhanee oleh ARLEE by RAINI Exclusive Trend 

Koleksi Dhanee oleh ARLEE by RAINI Exclusive

PELAKON Arja Lee melancarkan koleksi kurta eksklusif yang diberi nama Dhanee hasil kolaborasi bersama butik online RAINI Exclusive. Rekaan ini dihasilaknmengikut cita rasa Arja sendiri yang menepati ciri-ciri trend masa kini. Ia juga menjadi pencetus buat Arja untuk berkecimpung dalam dunia perniagaan fesyen moden.

Koleksi Dhanee hadir dalam 12 pilihan warna yang sesuai digayakan untuk acara kasual, santai mahupun korporat. Pastinya Dhanee adalah pilihan terbaik pemuda aktif yang ingin kekal tampil dengan gaya unggul di khalayak ramai.

“Saya melihat kolaborasi ini sebagai batu loncatan buat saya berkecimpung dalam dunia perniagaan. Saya mahu mencabar diri melakukan sesuatu yang baru.

“Tawaran daripada RAINI Exclusive hadir tepat pada masanya. Saya berharap koleksi Dhanee oleh ARLEE by RAINI Exclusive memenuhi kehendak pasaran muslim,” ujar Arja.

Pelanggan yang berminat boleh membuat tempahan awal di laman web fesyen www.roopawan.com. Selain itu Koleksi ini juga memberi peluang perniagaan buat mereka yang mahu menjadi stokis.

3

2

4

1

 

Related posts

Leave a Comment