You are here
Kylie Jenner nafi jalani pembedahan plastik Antarabangsa Hiburan 

Kylie Jenner nafi jalani pembedahan plastik

MODEL dan selebriti, Kylie Jenner sekali lagi menafikan melakukan pembedahan plastik bagi mencantikkan rahang mukanya agar kelihatan kurus.

Sebelum ini ada khabar angin mengatakan adik kepada Kim Kardashian ini telah menjalani pembedahan hidung dan bibir. Selain itu, Kylie juga dikatakan telah membuat suntikan botoks.

Menurut Kylie, ibunya Kris Jenner tidak akan membenarkan dia dan adik-beradik lain menjalani pembedahan plastik pada usia semuda itu.

“Anda benar-benar rasa ibu saya cukup waras untuk benarkan saya melakukan pembedahan plastik sebelum usia 18 tahun?

“Lagipun saya tidak pernah merasakan rahang muka saya buruk malah sentiasa menganggap ia cantik. Muka saya kelihatan berbeza sekarang kerana saya sudah pandai membentuk bibir dengan gincu,” katanya lagi.

Berita pembedahan plastik ini bukanlah pertama kali dialami oleh keluarga Kardashian. Sebelum Kylie, Kim Kardashian, Khloe dan Bruce Jenner turut dikhabarkan menjalani pembedahan tersebut.

Sumber: Kosmo

Related posts

Leave a Comment