You are here
LATIFF BORGIBA meninggal dunia Buletin Hiburan 

LATIFF BORGIBA meninggal dunia

Pelakon veteran, Latiff Borgiba, 80, atau nama  sebenar Abdul Latiff T. K. Gomu Kakah
meninggal dunia akibat sakit tua pada jam 3.00 petang tadi di kediamannya di Setapak, Kuala Lumpur.

Arwah dilahirkan di Bangkok, Thailand dan   berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1946
meninggalkan seorang balu, Fatimah Leman dan  16 orang anak.

Sepanjang hayatnya di dalam dunia seni,  Allahyarham sangat sinonim dengan watak-watak
antagonis dalam filem serta drama yang  diterbitkan sejak 1960-an.

Latiff pernah melakonkan beberapa buah filem  termasuk ‘Dang Lenggang’, ‘Ribut Di Hujung  Senja’ dan ‘Anakku Suamiku”. Antara produksi  televisyen yang pernah dibintangi Latiff  termasuk drama 13 episod berjudul, “Tekukur  Tak Berbunyi Lagi”.

Allahyarham akan dikebumikan di Tanah  Perkuburan Islam Danau Kota, Setapak sekitar
pukul  9.00 malam ini.

Namanya dikenali ramai kerana dia sering melakonkan watak-watak jahat sama ada dalam drama ataupun filem. Beliau mula menceburi bidang lakonan ketika berusia 18 tahun menerusi pentas teater dan bangsawan.

Nama pentasnya, Latiff, Borgiba telah diberikan oleh pelakon dan pengarah, Allahyarham S. Kadarisman penghujung tahun 1960-an sewaktu saya mula aktif berlakon. Borgiba itu adalah sempena nama keturunan Habib Borgiba iaitu seorang kulit hitam dari Afrika yang terkenal warak dan juga tokoh agama terkenal di sana.

Beliau memiliki darah campuran Siam, Arab dan India ini bukan sahaja memulakan karier sebagai pelakon pada usia yang muda iaitu 18 tahun tetapi turut berkahwin sewaktu baru berusia 17 tahun di mana ketika itu isterinya, Rokiah Abdul Rahman pula berumur 12 tahun.

“Isteri pertama Latiff meninggal dunia pada tahun 2009 dan beliau tinggal bersama isteri keduanya iaitu Fatimah Leman. Raut wajahnya tetap serius seperti dulu. Ditambah pula dengan janggutnya yang putih dan panjang mencecah paras dada menyebabkan dia tampak garang dan masih sesuai untuk melakonkan watak-watak jahat sama seperti dulu.

Bagaimanapun pada akhir karier, Latiff  banyak melakonkan watak lelaki tua yang lebih alim dan matang. Latiff kini merupakan bapa kepada 16 orang anak, 47 cucu dan 15 cicit sehingga pada tahun 2012.

Pelakon veteran, Latiff Borgiba, 80, atau nama  sebenar Abdul Latiff T. K. Gomu Kakah meninggal dunia akibat sakit tua pada jam 3.00 petang tadi di kediamannya di Setapak, Kuala Lumpur.

Arwah dilahirkan di Bangkok, Thailand dan   berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1946 meninggalkan seorang balu, Fatimah Leman dan  16 orang anak.

Sepanjang hayatnya di dalam dunia seni,  Allahyarham sangat sinonim dengan watak-watak antagonis dalam filem serta drama yang  diterbitkan sejak 1960-an.

Latiff pernah melakonkan beberapa buah filem  termasuk ‘Dang Lenggang’, ‘Ribut Di Hujung  Senja’ dan ‘Anakku Suamiku”. Antara produksi  televisyen yang pernah dibintangi Latiff  termasuk drama 13 episod berjudul, “Tekukur  Tak Berbunyi Lagi”.

Allahyarham akan dikebumikan di Tanah  Perkuburan Islam Danau Kota, Setapak sekitar pukul  9.00 malam ini.

Namanya dikenali ramai kerana dia sering melakonkan watak-watak jahat sama ada dalam drama ataupun filem. Beliau mula menceburi bidang lakonan ketika berusia 18 tahun menerusi pentas teater dan bangsawan.

Nama pentasnya, Latiff, Borgiba telah diberikan oleh pelakon dan pengarah, Allahyarham S. Kadarisman penghujung tahun 1960-an sewaktu saya mula aktif berlakon. Borgiba itu adalah sempena nama keturunan Habib Borgiba iaitu seorang kulit hitam dari Afrika yang terkenal warak dan juga tokoh agama terkenal di sana.

Beliau memiliki darah campuran Siam, Arab dan India ini bukan sahaja memulakan karier sebagai pelakon pada usia yang muda iaitu 18 tahun tetapi turut berkahwin sewaktu baru berusia 17 tahun di mana ketika itu isterinya, Rokiah Abdul Rahman pula berumur 12 tahun.

“Isteri pertama Latiff meninggal dunia pada tahun 2009 dan beliau tinggal bersama isteri keduanya iaitu Fatimah Leman. Raut wajahnya tetap serius seperti dulu. Ditambah pula dengan janggutnya yang putih dan panjang mencecah paras dada menyebabkan dia tampak garang dan masih sesuai untuk melakonkan watak-watak jahat sama seperti dulu.

Bagaimanapun pada akhir karier, Latiff  banyak melakonkan watak lelaki tua yang lebih alim dan matang. Latiff kini merupakan bapa kepada 16 orang anak, 47 cucu dan 15 cicit sehingga pada tahun 2012.

Related posts

Leave a Comment