You are here
Lokasi makanan pilihan di kuching Sarawak Trend 

Lokasi makanan pilihan di kuching Sarawak

Bandaraya Kuching merupakan satu destinasi yang terdiri dari pelbagai etnik dan bangsa. Maka, tidak hairanlah jika masyarakatnya mampu menghasilkan pelbagai jenis makanan yang sedap dan dapat menarik perhatian para pelancong.

Jelajah ke tanah Borneo ini sudah pasti anda menginginkan santapan yang enak dengan harga yang berpatutan. Berikut adalah lokasi-lokasi yang popular dengan sajian yang terkenal dan sedap

Mee Kolok Pak Amit Café.

Lot 3108-3113, SL 3, Jalan astana, Kuching

Waktu operasi jam 7 pagi hingga 11 malam.

mee-kolok

Mee Kolok terkenal dengan kuah yang pekat serta udang yang saiznya memuaskan pelanggan dan beberapa bahan campuran sayuran yang segar membuatkan Mee Kolok Pak Amit menjadi terkenal di kalangan penduduk setempat dan para pelancong.

Antara menu lain yang boleh dicuba ialah mee jawa, mee rebus serta beberapa menu yang lain memang sedap. Dengan harga yang murah, Mee Kolok Pak Amit ini sentiasa laku dan cepat habis.

Swee Kang Ice Kacang

Ground Floor, Lot 176, Jln Hj Taha, Kuching, Sarawak 93400, Malaysia

Waktu operasi Jam 11.45 pagi hingga 6.30 petang

Dibuka setiap hari Selasa hingga Ahad, tutup pada hari Isnin

Swee Kang Ice Kacang menghidangkan pelbagai jenis ais kacang yang mempunyai 18 jenis hidangan ais kacang seperti ais kacang durian dan banyak lagi.

lady

White Lady adalah minuman ais yang paling popular. Ia minuman susu manis dihidangkan dalam gelas besar dipenuhi dengan ais, buah-buahan dan jeli, serta sepotong lemon.

char-kuew-tiaw

Makanan yang disediakan bersama minuman manis ini seperti Bihun Belacan, Char Kueh Teow, Rojak, dan Sotong Kangkung pasti akan mengeyangkan petang anda.

Bimmers Cafe

Lokasi di Petra Jaya (Jalan Duranta), Kuching, Sarawak 93050, Malaysia

air-3-layer-dan-mee-kolok

Restoran ini terkenal dengan minuman 3 layer dan juga disediakan bersama Mee Kolok. Bertemakan konsep mini gerai dalam restoran , selain memperkenalkan makanan traditional Sarawak, chef di sini turut menyediakan makanan Thai, makanan India dan makanan Melayu dengan tujuan menarik ramai pelanggan ke restoran mereka.

Top Spot Foodcourt

Jln Padungan, Bukit Mata Kuching, Kuching, Malaysia

Waktu operasi bermula dari lewat petang hingga lewat malam

topspot-cafe

top-spot-food-court

Gerai yang popular bernombor 6 dan 25 ini menjadi tumpuan para penggemar makanan laut. Tidak jauh dari Bandar Kuching, gerai ini mempunyai pelbagai jenis makanan yang segar seperti udang, sotong, ikan, telur dan sayur.

Dengan harga yang berpatutan mengikut saiz pilhan makanan laut dan juga saiz hidangan, pasti anda tidak akan menyesal dan harus cuba lagi.

Related posts

Leave a Comment