You are here
LOUIS SMITH digantung kerana persenda Islam Sukan 

LOUIS SMITH digantung kerana persenda Islam

GIMNAS asal Britain, Louis Smith, 27 digantung dari menyertai sebarang pertandingan selama dua bulan gara-gara video mempersendakan agama Islam yang dimuat naik olehnya di laman sosial.

Tindakan tersebut telah dikeluarkan oleh British Gymnastics selepas Smith didapat bersalah melanggar Standards of Conduct organisasi tersebut.

“Louis Smith mengakui perbuatan tersebut telah melanggar etika. Penal telah menetapkan tindakan sewajarnya dengan penggantungan selama dua bulan,” jelas kenyataan media dari British Gymnastics.

Smith yang pernah meraih empat pingat Olimpik sebelum ini memuat naik video seakan-akan sedang menunaikan solat. Video yang dirakam bersama rakannya, Luke Carson itu telah menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan penganut agama Islam.

Smith ketika di Olimpik Rio 2016.
Smith ketika di Olimpik Rio 2016.

Meneruis status di laman Twitter, Smith kemudian memohon maaf atas perbuat tersebut.

“Saya benar-benar minta maaf selepas anda menonton video tersebut. Saya tidak mempertahankan diri kerana ia adalah perbuatan yang salah.

“Saya mahu minta maaf atas kesalahan yang telah dilakukan. Juga kepada keluarga yang menerima kesan dari tindakan tersebut.

“Saya sedar akan kesilapan tersebut dan semoga ia menjadi satu contoh betapa pentingnya menghormati orang lain,” jelas Smith.

Selepas isu tersebut diperkatakan, Smith turut meluangkan masa melawat dua masjid di bandar London dan melihat sendiri umat Islam menunaikan solat.

“Perkara ini membuatkan saya sedar ada dunia lebih besar di luar sana dan melihatnya dengan lebih luas. Ia telah membuka mata saya dan saya gembira dapat meluangkan masa berjumpa dengan orang di sekeliling,” ujar Smith kepada BBC’s Victoria Deryshire.

Smith sempat melawat dua masjid bertemu orang Islam.
Smith sempat melawat dua masjid di England.

SUMBER: HELLO!

Related posts

Leave a Comment