You are here
Majalah URTV perkenal Scandal & Gossip Buletin Hiburan 

Majalah URTV perkenal Scandal & Gossip

MAJALAH hiburan terkenal URTV tampil dengan produk wangian sendiri yang diberi nama SCANDAL dan GOSSIP. Produk ini merupakan kerjasam antara Utusan Karya Sdn Bhd bersama Sireh Emas Marketing.

URTV merupakan majalah hiburan yang mula bertapak sejak 47 tahun dahulu. Justeru produk wangian terbaharu ini merupakan langkah terbaik untuk mengembangkan dan memperkukuhkan jenama ini di pasaran.

Pemilihan kedua-dua nama bagi produk ini dianggap bersesuaian dengan dunia hiburan yang sering dikaitkan dengan gosip dan skandal. Selain itu dua elemen ini sering menjadi paparan dan bahan cerita setiap keluar URTV.

Scandal adalah wangian segar untuk lelaki yang menggabungkan bau sitrus, rempah serta dilengkapkan dengan bau sandalwood agar tahan lebih lama. Manakala Gossip pula untuk wanita dengan bau manis buah laici dan lemon serta campuran bunga ros dan magnolia.

Menurut Pengarang URTV, Kamal Huzaini AR Kamaludin (Huzz), penghasilan produk ini mencatatkan sejarah tersendiri kerana buat pertama kali, sebuah penerbitan majalah hiburan tampil dengan produk sebegini.

“Majalah URTV sudah 47 tahun bertahan di pasaran. Perniagaan ini mencatatkan sejarah apabila sebuah majalah hiburan punya produk sendiri.

“Dua nama yang dipilih cukup sinonim dengan dunia hiburan. Diharapakan produk ini akan terus bertahan dan mendapat sambutan baik,” ujar Huzz.

Related posts

Leave a Comment