You are here
MARSHA dilantik jadi duta De Lunaria Buletin Hiburan 

MARSHA dilantik jadi duta De Lunaria

PENYANYI dan pelakon Marsha dilantik sebagai duta bagi produk barangan kemas jenama De Lunaria selama tiga bulan bermula awal Januari lalu. Pemilihan Marsha adalah kerana imej dan keperibadian yang mampu memperkenalkan jenama tersebut kepada orang ramai.

Kerjasama ini bakal menyaksikan Marsha memperagakan produk De Lunaria secara online di media sosial serta pengiklanan di akhbar dan majalah. Selain itu program jelajah juga bakal diadakan di seluruh negara terutama negeri Sabah dan Serawak yang menjadi tumpuan ramai pembeli jenama De Lunaria.

De Lunaria merupakan jenama barang kemas pertama tempatan yang menjual koleksinya secara atas talian. Pelbagai rekaan barang kemas dengan ciri-ciri kontemporari serta inovatif dijual dalam bentul emas 916.

Perniagaan atas talian yang diperkenalkan memberi kemudahan kepada pengguna untuk membuat tempahan melalui telefon pintar atau peranti mudah alih lain. Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan masa dan wang.

Lebih menarik, De Lunaria menawarkan harga yang jauh lebih murah berbanding koleksi di kedai emas. Setiap koleksi De Lunaria dijual dengan harga serendah RM280 dan sesuai untuk mereka yang berpendapatan sederhana.

Related posts

Leave a Comment