You are here
Memoir ABI cerita perjalanan dunia wartawan Galeri 

Memoir ABI cerita perjalanan dunia wartawan

NAMA Allahyarham Ahmad Idris sememangnya cukup terkenal dalam bidang kewartawanan. Sinonim dengan panggilan ABI, Allahyarham pernah menjadi Pengarang di akhbar Mingguan Malaysia. Ketika hayatmya, beliau pernah berhasrat menerbitkan sebuah buku tentang perjalanan serta pengalaman sebagai seorang wartawan.

Mengambil inisiatif itu, Utusan Karya Sdn Bhd menerbitkan buku berjudul Memoir Wartawan Ahmad Bin Idris (ABI): Dari Geylang Serai ke Utusan Melayu. Buku tersebut merupakan hasil tulisan ABI sendiri namun tidak sempat diterbitkan.

Buku tersebut telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Minum Petang Amal Kelab Veteran Utusan Melayu (KVUM) dan Tribute Untuk Allahyarham Ahmad Bin Idris (ABI) yang berlangsung di Ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur.

Majlis tersebut dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan artis yang pernah berkongsi kisah seni mereka bersama ABI. Antara yang hadir adalah Datuk Seri Ahmad Nawab, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Yusof Haslam, Uji Rashid dan Salamiah Hassan.

Antara rakan artis yang hadir.
Antara rakan artis yang hadir.
Uji Rashid.
Uji Rashid.
Ameng.
Ameng.

 

Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Noordin Abbas; Ke­tua Pengarang Kumpulan, Datuk Abdul Aziz Ishak; Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan; Datuk Othman Mohamad; Pe­ngarah Eksekutif merangkap Ketua Pengarang Majalah Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB), Arffin Nordin; Presiden KVUM, Datuk Raja Ahmad Niza Raja Ismail.

5

Persembahan oleh Datuk Ahmad Nawab.
Persembahan oleh Datuk Ahmad Nawab.
Pengarang Hiburan Pancarindera, Datuk Tengku Khalida mendeklamasi puisi khas buat ABI.
Pengarang Hiburan Pancarindera, Datuk Tengku Khalida mendeklamasi puisi khas buat ABI.
Balu Allahyarham, Bahyah Mahmood (BAM).
Balu Allahyarham, Bahyah Mahmood (BAM).

Buku tersebut mengisahkan perjalanan hidup Allahyarham yang nekad me­ninggalkan tempat kelahirannya di Kampung Kandang, Me­laka selepas tamat persekolahan semata-mata mahu berhijrah ke Singapura. Selain mengisahkan kehidupan di Geylang Serai, lokasi paling sibuk di Singapura ketika era 50-an dan 60-an, Allahyarham turut menceritakan pengalamannya bekerja sebagai wartawan Utusan Melayu.

Allahyarham yang meninggal dunia pada 3 Februari 2016 ketika berusia 79 tahun akibat kanser prostat, berkhidmat selama 34 tahun bersama Utusan Melayu (M) Berhad bermula 1 Mei 1962 hingga 1996.

Allahyarham sangat disena­ngi serta amat popular menerusi kolum Desas Desus yang disiarkan pada setiap Rabu di Utusan Malaysia sekitar tahun 80-an dan 90-an.

FOTO: UTUSAN.

Related posts

Leave a Comment