You are here
Misi kemanusian FAIZAL TAHIR di Aceh Galeri 

Misi kemanusian FAIZAL TAHIR di Aceh

PADA 15 September lalu penyanyi popular Faizal Tahir telah menyertai Kembara Kemanusian Bumi Tsunami di Aceh, Indonesia. Program tersebut merupakan anjuran Usrah Billionaire dengan kerjasama iamFaithmen dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Cawangan Aceh.

Faizal memulakan misi kembara dengan pertemuan bersama pelajar di bawah PKPMI dalam sesi Sharing Moment Bersama Faizal Tahir. Ketika majlis ini Faizal berkongsi pengalaman sepanjang melakukan misi kemanusiaan. Perkongsian ini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat agar dapat memupuk nilai kemanusiaan dan sikap saling membantu.

Kemudian Faizal meluangkan masa ke Rumah Anak Yatim Serambi Melaka Gampong Neuhun. Ia merupakan pusat penempatan anak-anak yang kehilangan ibu bapa mereka akibat bencana tsunami 12 tahun lalu.

Sebagai memperingati peristiwa tsunami, Faizal bersama ahli rombongan turut melawat sekitar Banda Aceh yang telah menjadi satu kesan sejarah akibat tsunami.

2

3

5

4

6

1

7

Related posts

Leave a Comment