You are here
MJ teruskan langkah berdua Hiburan Tempatan 

MJ teruskan langkah berdua

TIDAK ramai kumpulan penyanyi atau duo yang kekal bertahan dalam industru seni tanah air. Bagi duo yang menggelarkan diri mereka MJ, perkara tersebut sudah lama difahami namun mereka punya harapan tinggi untuk terus kekal bersama.

MJ yang dianggotai oleh Meeyo dan Joe sebelum ini mengatur langkah bersama kumpulan Votez. Namun seorang lagi ahli mereka iaitu Meer mengambil keputusan untuk fokus pada pelajaran dan meninggalkan dua sahabatnya.

Bukan mudah untuk kembali mengatur langkah dalam industri. Namun duo ini percaya da ruang buat mereka mempersembahkan bakat yang ada. Buat pertama kali bersama, mereka tampil dengan single berjudul Delusi, ciptaan Sharon Paul serta lirik oleh JB.

“Bukan rezeki kami untuk terus bertahan sebagai Votez kerana Meer mahu fokus dalam pelajaran. Namun jika ada peluang kembali bertiga suatu hari nanti, mungkin kami akan bersama.

“Untuk kekal bertahan dalam satu kumpulan perlu ada keserasian dan juga komitmen. Memang kami serasi bersama, namun komitmen terhadap pelajaran harus diutamakan.

“Pengalaman bersama Votez digunakan sebaik mungkin untuk MJ kembali membina nama dalam industri. Kami tahu bukan mudah. Perlu tampil dengan lagu yang cukup kuat untuk menarik peminat,” ujar Meeyo.

Bercakap tentang lagu baharu, kata Joe yang juga bertindak sebagai penulis lirik mereka juga mahu membuktikan kemampuan dalam penghasilan lagu serta memperkenalkan identiti sebenar.

“Kami tidak kenal ramai komposer terkenal jadi agak sukar untuk mendapatkan bantuan dari mereka yang sudah berpengalaman.

“Namun apabila ada peluang mencipta lagu sendiri, kami rasakan ini adalah langkah terbaik agar peminat tahu apa yang boleh kami lakukan.

“Semoga dengan penghasilan lagu ini akan membuka mata ramai komposer terkenal tanah air agar mereka mahu bekerjasama dengan kami kelak,” jelas Joe yang megggunakan nama JB (Joe Bazli) sebagai identiti penulis lirik.

Joe (kiri) dan Meeyo yakin ada ruang buat mereka. FOTO: ZULFAIZ ZAKARIA.

Related posts

Leave a Comment