You are here
MONSPACE THEATRE JADI PALTFORM BAKAT MALAYSIA Buletin Hiburan 

MONSPACE THEATRE JADI PALTFORM BAKAT MALAYSIA

DALAM usaha untuk mengetengahkan bakat seni anak tempatan, pihak Hype Hotel & Monspace Entertainment menyediakan ruang khas yang diberi nama Monspace Theatre sebagai galakan lebih ramai bakat tempatan untuk membuat persembahan pentas.

Ruang dan pentas yang terletak di Hotel Nouvelle, Sungai Besi, Kuala Lumpur  ini  menawarkan pelbagai kemudahan dan kelengkapan serba canggih kepada penggiat seni untuk mengadakan sebarang majlis hiburan seperti teater, konsert dan sebagainya.

Menurut Pengasas Monspace Theatre, Datuk Seri Jessie Lai, pentas ini direalisasikan sebagai salah satu inisiatif dalam menyumbangkan peluang, dan mengembangkan kreativiti serta menjadikan asas pembentukan identiti bagi artis-artis sedia ada disamping  menganjurkan beberapa acara-acara berprestij.

“Ia diwujudkan sebagai salah satu platform kepada penggiat seni tempatan dalam membentuk penjenamaan tersendiri dalam industri seni tanah air.

“Kami berharap pentas ini akan menjadi landasan terbaik buat selebriti memartabatkan nama industri seni hiburan di mata luar dengan mengadakan konsert di pentas Monspace Theatre.

“Bagi  artis-artis tempatan yang berminat untuk mengadakan sebarang majlis atau acara di sini, kami juga akan menawarkan dan membantu memberikan dana untuk merealisasikan impian mereka mengikut terma dan syarat ditetapkan.

“Apa yang mengujakan pentas ini mampu memuatkan seramai 600 penonton dan mempunyai kelengkapan canggih yang mengikut spesifikasi semasa.

“Lebih istimewa, penggiat seni tidak perlu lagi membawa kelengkapan sendiri untuk persembahan seperti sistem audio, pencahayaan dan lain-lain kerana semuanya telah tersedia di Monspace Theather,” katanya.

Dalam masa sama Monspace Theatre juga bakal menjadi tarikan pelancong luar negara yang mahu menyaksikan bakat seni anak Malaysia. Tidak terhad kepada persembahan tempatan, kata Jessie lagi pihaknya turut mengundang persembahan luar negara untuk hiburan penonton Malaysia.

Pentas Monspace Theatre menjadi medan baharu bakat seni tempatan.

Related posts

Leave a Comment