You are here
Nasib mereka berubah kerana viral di laman sosial Trend 

Nasib mereka berubah kerana viral di laman sosial

KISAH penjual teh bernama Arshad Khan,18 dari Pakistan menjadi bualan netizen gara-gara mata birunya yang memikat. Wajah Arshad yang dirakamkan oleh jurugambar Jiah Ali menjadi viral di laman sosial sebelum dia mendapat kontrak sebagai model.

Setelah bertahun menjual teh, kini Arshad bergelar model untuk syarikat pakaian online fitin.pk. Proses make-over terhadap Arshad Khan turut diperkatakan. Pastinya ramai yang sudah jatuh hati dengan pemuda ini. Lihat sahaja bagaimana perubahan imej yang dilakukan telah dilakukan dalam rancangan TV yang terkenal di Pakistan iaitu Good Morning Pakistan.

Sumber: The Straits Times

Foto kanan bawah ialah wajah Khan sebelum di make-over.
Foto kanan bawah ialah wajah Khan sebelum  make-over.

Siapa sangka tuah memiliki wajah menawan dapat mengubah hidup seseorang. Selain Arshad ada beberapa model lain yang punya nasib sama. Menjadi model gara-gara viral di laman sosial. Siapa mereke?

Olajumoke Orisaguna

Kehidupan seorang gadis penjual roti berubah serta merta setelah ditawarkan menjadi seorang model apabila gambarnya bersama pemuzik Tinie Tempah yang tidak sengaja diambil oleh jurufoto, Ty Bello. Semasa sesi pengambaran berjalan, seorang gadis menjual roti tiba-tiba lalu dan menjadikannya subjek di dalam foto tersebut.

Bello akhirnya berjaya menemui gadis tersebut yang bernama Olajumoke Orisaguna. Mereka akhirnya bekerjasama untuk majalah This Day Style. Ibu yang mempunyai dua cahaya mata ini dikatakan tidak kekok bergambar dan beraksi seperti mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut.

Sumber: cnn.com

222

Olajumoke Orisaguna
Olajumoke Orisaguna.

Olajumoke Orisaguna tanpa sengaja melintasi set penggambaran Tinie Tempah.

Olajumoke Orisaguna tanpa sengaja melintasi set penggambaran Tinie Tempah.

Khoudia Diop

Pernah dibuli suatu ketika dahulu hanya kerana warna kulitnya hitam melanin, kini wanita yang berasal dari Senegal, Afrika, Khoudia Diop menjadi viral kerana warna kulit gelapnya sangat unik dan nampak berkilat. Khoudia,19 mula mendapat perhatian dunia selepas menjadi model untuk sebuah kempen The Colored Girl dan fotonya yang dirakamkan oleh seorang jurugambar didedahkan untuk tatapan umum.

Setiap foto yang dimuatnaik oleh Khoudia akan diikuti hashtags seperti #BlackGirlMagic, #MelaninOnFleek, dan #DarkSkin, telah menerima reaksi yang positif masyarakat dunia di setiap ruangan komen fotonya.

Sumber: cosmopolitan.com

333

Khoudia mula mendapat perhatian dunia selepas menjadi model untuk sebuah kempen The Colored Girl
Khoudia mula mendapat perhatian dunia selepas menjadi model untuk kempen The Colored Girl.

Ana do Santoz Cruz

Ana dos Santos Cruz, 23, bekerja sebagai pengutip sampah 10 jam setiap hari di Barrestos, Sao Paulo Selatan Brazil untuk menyara diri dan anak lelaki berusia 3 tahun.  Namun nasibnya berubah selepas menemui sampul surat yang mengandungi sekeping cek di dalam sebuah plastik hitam. Cek yang bernilai ‎£52,000 (RM198,000) itu didermakan kepada Barrestos Cancer Hospital.

Tindakannya itu mendorong sebuah pusat membeli-belah untuk menjemput Ana untuk menjadi model dalam kempen publisiti di TV dan papan iklan di bandar itu. Kemunculannya itu turut mendapat perhatian dan kini dia kemduian ditawarkan menjadi model di bawah sebuah agensi tempatan.

Sumber: mirror

Ana dos Santos Cruz bersama naknya yang berusia 3 tahun
Ana dos Santos Cruz bersama naknya yang berusia 3 tahun.
Ana dos Santos Cruz berubah menjadi model terkenal
Ana dos Santos Cruz berubah menjadi model terkenal.

Jeremy Meeks

Dunia maya sempat digemparkan dengan wajah Jeremy Meeks,30, dari California, Amerika Syarikat. Meeks disebut sebagai penjenayah tertampan di dunia kerana terkenal ketika polis Stockton memuat naik fotonya yang ditahan pada 2014. Dia di penjara kerana memiliki senjata haram.

Meeks telah menandatangani kontrak bersama agensi model White Cross Management saat masih di penjara. Setiap gambar yang dimuat naik oleh Meeks mendapat sambutan yang menggalakan dari lebih 275 000 peminat melalui akaun Instagram.

Sumber: the telegraph

Foto Meeks ketika ditahan yang telah viral
Foto Meeks ketika ditahan yang telah viral.
Dari seorang penjenayah telah bertukar kepada seorang model paling tampan
Dari seorang penjenayah telah bertukar kepada seorang model paling tampan.

Related posts

Leave a Comment