You are here
Netizen mahu boikot IZREEN AZMINDA? Hiburan Tempatan 

Netizen mahu boikot IZREEN AZMINDA?

WAJAH pelakon Izreen Azminda dan penyanyi Adira yang menjadi penghias muka depan majalah URTV (terbitan Utusan Karya Sdn Bhd) mendapat perhatian ramai. Paparan kisah “Naluri Isteri Nombor 2 – Izreen dan Adira” memberi pelbagai respon peminat.

Ada antara netizen yang bersimpati dengan nasib dua selebriti ini kerana kisah rumah tangga mereka yang hidup bermadu. Namun ada juga yang kurang senang dan memberi komen negatif.

Salah satu yang menarik perhatian adalah komen yang seakan mempertikaikan pose Izreen dalam gambar tersebut. Malah ada yang tidak sanggup membaca kisah yang mereka kongsikan bersama URTV keluaran Februari.

Selain itu ada juga netizen yang cuba menarik perhatian ramai dengan mewujudkan hashtag #boikotizreenazminda. Mungkin yang member komen tersebut cuba berkongsi rasa simpati isteri pertama atau pernah menjadi mangsa suami main kayu tiga.

 

Adira merupakan isteri kedua kepada ahli perniagaan Datuk Sri Adnan Abu atau Datuk Red dan mereka mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 di Songkhla, Thailand. Manakala Izreen pula bernikah dengan pemuzik bernama Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude pada Ogos tahun lalu.

 

 

Related posts

Leave a Comment