You are here
NIALL HORAN (One Direction) tampil solo Hiburan Muzik 

NIALL HORAN (One Direction) tampil solo

KUMPULAN remaja popular One Direction (1D) pernah membuat kenyataan sebelum ini mereka akan berehat seketika dari dunia seni bersama dan fokus pada aktiviti secara solo.

Memulakan kerjaya seni sendiri, salah seorang anggotanya iaitu Niall Horan tampil dengan lagu solo berjudul This Town. Lagu tersebut diterbitkan oleh Greg Kurstin dan hasil ciptaan bersama Jamie Scott, Mike Needle serta Daniel Bryer.

Dalam masa sama, Horan turut memberitahu dia sudah bernaung di bawah syarikat rakaman Capitol Records di Amerika Syarikat yang akan menguruskan kerjaya solonya.

“Saya sangat teruja bernaung di bawah Capitol Records dan melancarkan lagu solo pertama.

“Terima kasih kepada semua peminat One Direction yang sentiasa memberi sokongan. Saya tidak sabar menantikan perjalanan di masa akan datang,” jelas Horan dalam satu kenyataan media.

Khabarnya Horan juga bakal bekerjasama dengan penyanyi dan komposer Shawn Mendes.

Related posts

Leave a Comment