You are here
NIKITA WILLY belum fikir soal jodoh Antarabangsa Hiburan 

NIKITA WILLY belum fikir soal jodoh

PERCINTAAN pelakon muda asal Indonesia, Nikita Willy,23 dengan lelaki bernama Indra Priawan Djokosoetono,25 bukan lagi rahsia. Pasangan ini sering dilihat bersama sehinggakan ada yang beranggapan mereka akan segera bernikah.

Namun bagi Nikita, soal perkahwinan masih belum menjadi fokus utama sekalipun berpendapat dalam usianya kini adalah waktu terbaik mendirikan rumah tangga.

“Usia 23 tahun bukan muda lagi. Menurut saya usia muda itu di bawah umur 20 tahun. Kalau sudah 23 tahun maka elok bernikah.

“Tetapi kalau soal berkahwin belum difikirkan lagi. Saya masih fikirkan tentang kerjaya dan masa depan. Kalau terlalu fikirkan kahwin takut nanti sakit kepala.  Just let it flow.

“Saya tidak meletakkan sasaran pada usia berapa akan berkahwin. Saya sudah memulakan kerjaya sejak sembilan tahun lalu dan itu yang lebih diutamakan,” ujar Nikita seperti yang dipetik dari laman KapanLagi.

Indra juga dalam masa sama tidak amhu terburu-buru untuk menikahi kekasihnya. Mereka masih lagi dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

“Belum pernah bercakap lagi soal berumah tangga. Kita masih muda dan mengenali satu sama lain,” jelas Indra yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Related posts

Leave a Comment