You are here
OH My English terbang ke Jogja Filem & Drama Hiburan 

OH My English terbang ke Jogja

SEKALI lagi Astro mempersembahkan sebuah mega telefilem istimewa Oh My English: Road to Jogja yang akan bersiaran dalam dua bahagian iaitu Oh My English: Road to Jogja Part 1 dan Part 2.

Teraju istimewa siri kali ini menampilkan Zack (Juzzthin), See Yew Soon (Roax Tan) dan Mazlee (Zhafir Muzani) serta beberapa selebriti terkenal yang akan memeriahkan perjalanan kedua-dua telefilem ini.

Oh My English: Road to Jogja 1 memapar kisah  Zack, See Yew Soon dan Mazlee bertungkus-lumus untuk mendapatkan gelaran cef dan pengusaha kafe berjaya.

Pelbagai usaha yang dijalankan untuk melariskan perniagaan mereka, akhirnya mereka bercadang untuk menyertai sebuah pertandingan memasak peringkat antarabangsa.

Dalam kesibukan melariskan kembali Kafe After School, mereka bertemu Cef Bru lakonan Mark Adam yang mempunyai niat tidak baik terhadap perniagaan mereka.

Cef Bru sengaja mengarah mereka mencari tiga bahan rahsia dalam menu masakan yang diberikan. Sebagai ganjaran, Chef Bru turut menjanjikan akan berkongsi rahsia masakan beliau.

Bahagian kedua Oh My English: Road to Jogja pula mengisahkan perjalanan Zack, See Yew Soon dan Mazlee menyertai sebuah pertandingan masakan antarabangsa berprestij di Jogjakarta, Indonesia.

Turut menyertai pertandingan tersebut ialah Jazlin (Elfira Loy) dan Maskor (Randy Pangalila). Satu kejadian aneh berlaku ketika mereka sedang menyiapkan hidangan.

Saksikan setiap cabaran dan halangan yang dihadapi tiga sahabat ini dalam Oh My English: Road to Jogja Part 1 & 2 pada 3 Disember dan 11 Disember 2016, jam 9 malam di Astro TVIQ (saluran 610), Astro Prima (Saluran 105) dan Astro Maya HD (Saluran 135).

Related posts

Leave a Comment