You are here
Paralimpik Rio: Raih 3 emas dalam satu hari Sukan 

Paralimpik Rio: Raih 3 emas dalam satu hari

TAHNIAH buat atlet paralimpik iaitu Muhammad Ziyad Zolkefli, Abdul Latif Romly,dan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi apabila berjaya merangkul pingat emas buat Negara dalam temasya Sukan Paralimpik Rio 2016.

Abdul Latif Romly yang berusia 19 tahun itu memasuki acara lompat jauh T20, berjaya mencatat rekod baru dengan lompatan sejauh 7.60 meter.

13sdasdasfsdf-transformed
Abdul Latif Romly

Terdahulu pingat emas pertama negara diperoleh Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara larian pecut 100 meter T36. Disusuli pula oleh Muhammad Ziyad Zolkefli yang disumbangkan dalam acara lontar peluru, seterusnya Abdul Latif Romly sendiri yang melengkapkan hari bersejarah buat Malaysia.

Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi
Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi

 

160911010233859_gettyimages-602234792
Muhammad Ziyad Zolkefli

Durian runtuh buat atlet paralimpik apabila berjaya menggodol 3 pingat emas dan ia merupakan hadiah yang termahal berbanding negara-negara lain.

“Seperti atlet Olimpik, skuad paralimpik juga harus menerima insentif yang sama nilai iaitu sebanyak RM1 juta, pencen bulanan RM5,000, Kia Sportage baharu, tambang percuma Air Asia sepanjang hayat kerana hasil usaha dan pengorbanan yang telah mereka lakukan demi mengharumkan nama Malaysia”, umum Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Belia dan Sukan.

Related posts

Leave a Comment