You are here
Pasca cerai BRAD PITT Antarabangsa Hiburan 

Pasca cerai BRAD PITT

SELEPAS lebih enam bulan bercerai, kisah rumah keluarga Brad Pitt,53 dan bekas isterinya, Angelina Jolie masih menjadi bualan ramai. Dua pelakon Hollywood yang dianggap sebagai pasangan ideal Hollywwod ini menggemparkan dunia hiburan apabila mereka umumkan perceraikan pada September 2016.

Menerusi temu bual yang dipetik dari www.cq.com, Pitt akhirnya buka mulut soal kehidupan pasca perceraikan. Dia akui melalui tempoh yang sukar pada awalnya dan kini fokus utama adalah untuk kebaikan anak-anak mereka.

Pitt dan Jolie mempunyai enam orang anak – Maddox yang berusia 15 tahun, Pax (13), Zahara (12), Shiloh (10) serta pasangan kembar Knox dan Vivienne (8).

“Banyak perkara yang harus diperjelaskan kepada anak-anak kerana mereka sedang memahami soal masa depan dan apa yang sedang berlaku dalam hidup mereka.

“Ini menimbulkan pelbagai isu yang tidak pernah kami bicarakan sebelum ini. Jadi fokus kami adalah semua orang terus kuat untuk hidup dan menjadi individu yang lebih baik,” jelas Pitt.

Selepas bercerai Pitt dikatakan tinggal di rumah seorang temannya selama sebulan sebelum kembali hidup sendiri. Ketiadaan isteri dan anak-anak membuatkan Pitt merasa sunyi dan dia banyak meluangkan masa dengan aktiviti seni.

Gambar yang dirakam ketika Jolie dan Pitt sah berkahwin.

SUMBER: CQ

Related posts

Leave a Comment