You are here
Pencarian cover girl Hijab Fesyen di Kuantan Buletin Hiburan 

Pencarian cover girl Hijab Fesyen di Kuantan

Peluang keemasan! Bagi mereka yang terlepas untuk menghadiri sesi ujibakat Anugerah Hijabi Mestika (AHM)  2017/2018, boleh hadir ke sesi jelajah AHM besok di Kuantan Parade, Kuantan, Pahang.

Ini adalah siri jelajah kedua untuk zon Timur selepas sesi uji bakat di Sungai Petani, Kedah (zon utara) pada 16 Disember tahun lalu.

AHM yang sudah memasuki musim ketiga ini adalah acara tradisi bagi mencari wajah penghias kulit majalah Hijab Fesyen terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd (UKSB).
Di Zon Timur ini, para juri terdiri daripada Penolong Pengarang Hijab Fesyen, Norma Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Secret Correa, Nor Azila Azmi dan Penolong Pengarang Pengurus Acara dan Promosi UKSB, Nur Aishah Ismail.
Menurut juri tetap, Nor Azila, ada ciri-ciri tertentu yang ditetapkan dalam sesi uji bakat ini.

Katanya, “dalam pemilihan ini, kami mahu mencari calon yang bukan sahaja cantik tetapi berbakat dan bijak.

“Ada pakej  ‘beauty with brain’ yang bukan sahaja cantik luaran tapi juga ada ilmu pengetahuan. Namun yang paling penting peserta perlu yakin di atas pentas, kalau tersalah cakap atau jawab pun tetap kena nampak yakin.”
Selain itu, peserta yang mempunyai X- Factor, berkeyakinan tinggi, optimis, positif, agresif, kreatif serta mempunyai kemahiran atau bakat tersendiri mempunyai peluang yang cerah untuk terpilih  sebagai finalis AHM.

Menurut Norma Ibrahim pula, finalis  AHM akan diberi beberapa tugasan dan aktiviti bulanan untuk mengumpul markah paling tinggi menjelang majlis kemuncak.

Jelasnya, semua tugasan tersebut meliputi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di rumah kebajikan, sesi peragaan pentas, dandanan  dan solekan.

Katanya, “AHM kali ini menampilkan kelainan kerana kami menjelajah ke empat zon di semenanjung Malaysia untuk memilih 20 peserta ke peringkat separuh akhir bermula Disember lalu sehingga Mac ini.

“Kepada semua gadis yang berumur bawah 30 tahun, datanglah beramai-ramai ke sesi uji bakat besok ya! Mungkin anda yang kami cari!

“Kemudian, saringan seterusnya dilakukan untuk memilih 10 finalis ke peringkat akhir.”

Majlis kemuncak AHM 2017/2018 dijangka akan diadakan pada September ini di Kuala Lumpur.

Sebelum ini, pemenang musim pertama iaitu Farahanim Razak  yang kini sudah bergelar pengacara televisyen dan influencer media sosial popular.

Manakala musim kedua dimenangi oleh Nik Izzati Amanina yang juga model muslimah popular dan bakal peguam.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi redaksi Hijab Fesyen di talian 0165629356 atau layari laman sosial Instagram @hijabfesyen_magz.

Related posts

Leave a Comment