You are here
Penggiat Seni meriahkan Doa Untukmu Rohingya Galeri 

Penggiat Seni meriahkan Doa Untukmu Rohingya

AWAL tahun 2017, Laman Santai, Istana Budaya bergema dengan laungan puisi oleh barisan artis dan penggiat seni tanah air sempena program Doa Untukmu Rohinga anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM).

Kira-kira 10 00 penonton hadir pada acara yang berlangsung selama 10 jam itu bermula dari 2.00 petang hingga lewat malam. Program ini bertujuan untuk menyemarakkan dan menyuntik rasa prihatin terhadap nasib bangsa Rohingya yang dinafikan hak mereka di bumi Myanmar.

Antara artis popular yang hadir membacakan puisi ialah Amy Search, Erra Fazira, Rozita Che Wan, Zarul Umbrella, Sahara Yaacob, Izreen Azminda, Johan As’ari, Azharina, Rabbani, Siti Sarah dan ramai lagi.

Acara ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Noordin Abbas serta Sasterawan Negara, Prof Dr. Lee Swee Ting.

Puisi yang dibaca mereka merupakan hasil nukilan lebih 500 rakyat Malaysia. Penyertaan menulis puisi secara terbuka telah dimulakan kira-kira dua minggu awal sebelum acara bermula dan ia mendapat sambutan hangat membuktikan sikap prihatin terhadap bangsa Rohingya.

10 9 8 5 6 4 3 2 1

Related posts

Leave a Comment