You are here
Percutian bertemakan animasi untuk anak-anak Trend 

Percutian bertemakan animasi untuk anak-anak

PEJAM celik pejam celik, kita hampir tiba ke penghujung tahun 2016. Musim cuti persekolahan dah nak dekat. Pasti ramai ibu bapa yang sudah merancang percutian bersama keluarga.

Jadi dah ada plan nak bawa anak-anak bercuti ke mana? Ini kami kongsikan beberapa tempat penginapan percutian yang mewah, menarik dan comel.

Keio Plaza Hotel Shinjuku and Keio Plaza Hotel Tama (Jepun)

1507-kitty-town-635

hello-kitty-hotel-042913

Bagi anak-anak yang meminati anak patung Hello Kitty akan teruja apabila melangkah masuk ke dalam bilik hotel yang terletak di Tokyo ini. Anda akan dapati ikon kucing comel ini dihiasi pada dinding dan kunci bilik tersebut.

Mewarkan dua pilihan tema yang berbeza iaitu Princess Kitty dan Kitty Town, anda boleh memilih dan memiliki hadiah percuma dari pihak hotel seperti botol air Hello Kitty, satu set penjagaan wajah, pen dan anak patung Hello Kitty yang anak anda boleh miliki.

Harga : RM1,340 untuk satu malam.

Lokasi : Keio Plaza Hotel Tokyo, 2-2-1 Nishi-Shinjuku, Shinjuku-Ku and Keio Plaza Hotel Tama, 1-43, Ochiai, Tama City, Tokyo.

Hotel Gracery Shinjuku (Jepun)

claw-godzilla-rooma

Jika filem Shin Godzilla mengingatkan anda kembali bagaimana reptilia itu bertindak ganas, kini anda boleh merancang untuk menginap di hotel ini. Di sini, terdapat sesetengah bilik yang menawarkan wajah Godzilla yang sebenar pada sisi katil dan dihias khas menampilkan patung besar Godzilla serta beberapa koleksi filem pada dinding bilik tersebut.

Harga : RM 600 bagi sebuah bilik.

Lokasi :1-19-1 Kabukicho, Shinjuku-ku – Tokyo, Japan.

Hong Kong Gold Coast Hotel (Hong Kong)

hong-kong

4

Menginginkan tempat tidur asing dengan anak-anak anda seperti di rumah? Tempah hotel anda dengan segera di Hong Kong Gold Coast Hotel yang menawarkan setiap bilik dilengkapi katil besar untuk ayah dan ibu manakala untuk si kecil boleh tidur di katil fantasi berbentuk pengakutan awam seperti, kereta api, kapal angkasa dan juga obor-obor.

Pakej bilik eksklusif ini juga dilengkapi dengan permainan treasure hunt dan juga satu set minum petang.

Harga : RM 1,429.

Lokasi : 1 Castle Peak Road, Gold Coast, Hong Kong.

Deely House (Taiwan)

taiwan

taiwan-3333

Pesekitaran rumah tamu yang diilhamkan dari cerita-cerita dogeng seperti The Little Red Riding Hood, Rapunzel dan Adventures Alice in Wonderland direka khas untuk kanak-kanak yang datang bercuti di sini.

Hotel ini boleh dikatakan seperti mempunyai sebuah taman permainan di dalam bilik di mana terdapat katil papan gelongsor dan bilik permainan di sebelah yang menyediakan ruang untuk anak-anak bermain dan melakukan pelbagai aktiviti.

Harga: Bermula dari RM 273.

Lokasi: No.10, Ln. 173, Sec. 2, Minsheng Rd, Tainan, Taiwan

Lamang Pension (Korea Selatan)

spongebob

spongebob_bathroom_decoration_for_kids

Dekorasi yang bertema dari siri animasi popular kegemaran kanak-kanak iaitu SpongeBob SquarePants ini menawarkan warna bilik utama iaitu kuning dan dihiasi dengan perabot berwarna-warni dan comel.

Harga: RM 260 untuk satu malam.

Lokasi : 565 Jeryeong-ri, Buk-myeon, Gapyeong-gun, Gyeonggi-do.

Legoland Malaysia Resort (Malaysia)

legoland

legolandhotel042

suite

Malaysia juga tidak kurang hebatnya dengan menyediakan hotel bertaraf lima bintang. Di Legoland Malaysia Resort menawarkan tiga tema bilik yang eksklusif. Antaranya ialah Advature Theme!, Kingdom! Dan Pirates!.

Ruang tidur utama dan anak-anak turut diasingkan mengikut tema yang dipilih.

Hotel mewah ini juga mempunyai tiga jenis bilik.

  1. Pirate Themed dan Premium Pirate Themed: maksimum 5 orang
  2. Pirate Themed Deluxe : maksimum 8 orang.

Harga : Bemula dari RM650 setiap bilik.

Lokasi : 7, Jalan Legoland, Medini, 79100 Nusajaya, Johor, Malaysia.

 

Sumber : travel inspiration , legoland

Related posts

Leave a Comment