You are here
Perginya insan bernama KAK BAM Buletin Hiburan 

Perginya insan bernama KAK BAM

KELUARGA besar wartawan dan penulis hiburan Malaysia hari ini kehilangan seorang tokoh yang cukup di sayangi, Allahyarham Bahyah Mahmood yang telah disahkan meninggal dunia pada pukul 5:20 pagi tadi di Institut Kanser Negara, Putrajaya akibar kanser.

Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) meletakkan Allahyarham Bahyah Mahmood atau Kak Bam, 75,  bukan hanya sebagai seorang wartawan hiburan penuh wibawa, tetapi dalam banyak keadaan menjadi  rakan baik kepada sesiapa sahaja disekeliling beliau.

“KAK Bam menjadi tempat berkongsi segala masalah, suka dan duka bukan sahaja dalam kehidupan anak seni tempatan, tetapi juga kami wartawan-wartawan muda yang menyambung perjuangan beliau dalam bidang penulisan seni dan hiburan.

“Beliau sudah seperti kakak atau ibu kepada kami kerana sering memberikan nasihat-nasihat, galakkan dan kata-kata semangat kepada wartawan yang lebih junior seperti kami.

“Tidak pernah ada seorang pun yang tidak menyukai atau ada masalah peribadi dengan beliau sepanjang kami mengenalinya,” jelas Presiden WHAM, Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin.

Justeru tidak hairan kenapa nama-nama besar, seniman dan seniwati lagenda negara meletakkan beliau sebagai maestro kewartawanan hiburan yang begitu berpengaruh.

Antara artis yang paling dekat dengan Bahyah adalah Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad, Allahyarham Sharifah Aini, Uji Rashid dan ramai lagi lagenda di bidang tersebut.

Malah, rumah kediaman Kak Bam dan suaminya, Allahyarham Ahmad Idris (ABI) di Jalan Enggang, Keramat Kuala Lumpur seringkali menjadi persinggahan sementara kepada banyak artis apabila ditimpa masalah peribadi.

Ini termasuklah ketika Allahyarham Datuk Sharifah Aini berhadapan dengan masalah rumah tangganya bersama dengan suami, Ali Bakar, Bam menjadi bahu yang paling akrab untuk bersandar.

Selain itu, Bam adalah antara satu-satunya wartawan hiburan yang diberi peluang menziarah Allahyarham Sudirman, ketika lagenda itu berada dalam keadaan nazak sebelum meninggal dunia pada  Februari 1992.

Kak Bam pernah berkhidmat sebagai wartawan bersamaa Utusan Malaysia serta menjadi editor majalah URTV.

Persatuan WHAM melahirkan ucapan takziah kepada anak-anak dan ahli keluarga Allahyarham Bahyah Mahmood dan semoga tabah menerima kehilangan besar ini.

Related posts

Leave a Comment