You are here
Perjanjian antara ANIS AL IDRUS dan suami Hiburan Tempatan 

Perjanjian antara ANIS AL IDRUS dan suami

STATUS sebagai isteri bukanlah satu alasan buat Anis Al Idrus memperlahankan kerjaya seninya. Menurut penyanyi, pelakon, pengacara ini sokongan suami juga menjadi pendorong untuk terus aktif dalam industri.

Pemilik nama penuh Sharifah Anis Syed Zainal ini turut berkongsi pentingnya pengurusan masa agar tanggungjawab terhadap kerja dan rumah tangga dapat disempurnakan dengan baik. Anis berkawhin dengan Mohd Rafzan Nurhikmal Abdul Halim pada Julai lalu.

“Selepas berkahwin saya tidak mengambil masa untuk rehat. Malah sentiasa sibuk dengan kerja. Jika tidak ke lokasi penggambaran, saya akan uruskan perniagaan.

“Suami sentiasa memberi sokongan kepada saya untuk teruskan kerjaya seni. Dia tidak halang untuk saya terus berlakon atau menyanyi.

“Namun sebagai isteri saya tahu batasan yang perlu dijaga. Perlu bijak untuk memilih apa yang boleh dan apa yang tidak harus dilakukan.

“Kalau dahulu saya tidak kisah menerima sebarang tawaran kerja, tetapi sekarang perlu ada had waktu kerja untuk menjaga hati suami.

“Kami ada perjanjian bersama. Jika saya habis kerja awal, maka saya akan menemaninya di pejabat. Begitu juga sebaliknya,” cerita Anis.

Pasangan ini juga belum sempat berbulan madu dan Anis menyerahkan sepenuh kepada suami untuk merancang percutian mereka namun mengharap destinasi yang dipilih adalah sebuah pulau perangingan.

Anis tahu menjga hati suami dan bijak mengurus kerjaya. Foto dari Instagram Anis.

Anis ditemui ketika majlis pra pelancaran produk kecantikan Salima Skin Solutions di Kuala Lumpur. Produk ini dihasilkan dengan teknologi dari Kanada dan telah melalui proses penyelidikan selama enam tahun sebelum dipasarkan.

Salima dicipta khas untuk pengguna bagi negera-negara Timur Tengah, Afrika dan Asia. Produk ini boleh dibeli secara atas talian menerusi laman sesawang www.salimaskinsolutions.com dan bakal membuka butik di Malaysia tahun hadapan.

Malaysia dipilih kerana permintaan yang tinggi di sini dan Salima cukup berbangga apabila menerima banyak respon positif dari pengguna. Produk ini dihasilkan tanpa alkohol dan barang kimia berbahaya selain bahan-bahan semula jadi yang boleh memberi hasil terbaik buat pengguna.Produk ini sesuai digunakan untuk semua peringkat umur dan jantina.

Produk Salima Skin Solutions mendapat sambutan hangat pengguna Malaysia.

Related posts

Leave a Comment