You are here
PULE – KEJU TERMAHAL DUNIA Trend 

PULE – KEJU TERMAHAL DUNIA

SEMUA sedia maklum bahawa keju diperbuat dari susu lembu. Cheddar, Mozzarella dan American Cheese antara yang biasa kita dengar dan sering digunakan. Namun pernah ada tahu akan kewujudan keju Pule?

Pule adalah sejenis keju yang diperbuat daripada susu keldai dan ia banyak dihasilkan di Serbia. Ia bewarna putih dan mempunyai rasa hamper sama seperti keju Manchego dari Sepanyol.

Proses penghasilan pule di Zasavica, Serbia sangat rumit kerana tiada mesin komersil digunakan untuk memerah susu. Sebanyak 25 liter susu diperlukan untuk membuat 1 kilogram pula. Sedangkan keldai hanya boleh mengeluarkan susu sebanyak 1.2 liter sehari.

pule-2

pule-1

Disebabkan penghasilan yang agak rumit ini, tidak hairanlan jika pula dijual dengan harga yang sangat mahal. Satu kilogram pula boleh mencecah sehingga RM 4000 dan ini menjadikan ia keju termahal dunia.

Fakta menarik:
•Keju adalah produk tenusu yang paling popular di dunia. Pada tahun 2004 sahaja, lebih 18 juta tan metrik keju telah dihasilkan di seluruh dunia.
•World Record Academy telah mengiktiraf Pule sebagai keju termahal didunia pada 12 November 2012 dan Pule masih memegang rekod tersebut sehingga hari ini.

Lima keju termahal didunia:
1.Pule – 1,000 euro (RM4,354) sekilogram

pule-11
2.White Stilton Gold – 700 euro (RM3,048) sekilogram

white-stilton-gold
3.Swedish moose cheese – 600 euro (RM2,612) sekilogram

swedish-moose-cheese
4.Bitto storico – 245 euro (RM1,066) sekilogram

bitto-storico
5.Caciocavallo Podolico – 70 euro (RM304) sekilogram

caciocavallo-podolico

 

SUMBER: SAJI ONLINE
FOTO: GOOGLE IMAGE

Related posts

Leave a Comment