You are here
REEN RAHIM panggil Mustaqim Bahadon ‘Baby’? Hiburan Tempatan 

REEN RAHIM panggil Mustaqim Bahadon ‘Baby’?

KETIKA di acara karpet merah Anugerah Skrin 2016 (ASK2016) yang berlansung di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) baru-baru ini, pelakon Reen Rahim dilihat hadir bersama artis baru iaitu Mustaqim Bahadon.

Ada yang terdengar Reen memanggil Mustaqim dengan panggilan ‘Bie’ (singkatan panggilan mesra baby). Apabila ditanya tentang hubungan mereka berdua, pemilik nama Noreen Ashikin Abdul Rahim,28 ini memberitahu ia sekadar panggilan biasa buat semua teman yang rapat dengannya.

“Semua teman rapat saya akan panggil bie. Mungkin orang yang mendengar itu salah faham dan dia ingatkan kami sedang bercinta.

“Saya dan Mustaqim dah kenal lama dan saya selesa berkawan dengannya kerana dia juga punya perangai ‘gila-gila’ sama seperti saya,” jelas Reen.

Bercakap soal hubungan istimewa, kata bekas peserta program Pilih Kasih musim ketiga ini, dia tidak mahu mengulas tentang hubungan dengan mana-mana lelaki selagi tiada ikatan yang sah. Sekalipun pernah ada gosip sebelum yang mengatakan Reen bakal menamatkan zaman bujangnya, namun dia tetap kunci mulut dari berkongsi kisah peribadi.

“Selagi tidak ada lelaki yang menyarungkan cincin di jari saya (bernikah), maka saya tidak akan berkongsi dengan siapa saya bercinta. Saya tak mahu nanti kisah percintaan yang diberitahu tidak menjadi.

“Sebelum ini saya pernah meletakkan sasaran untuk berkahwin pada usia 25 tahun. Kini perkahwinan bukan lagi matlamat utama. Saya hanya berserah pada jodoh dan fokus pada kerjaya.

“Saya percaya pada jodoh. Jika cepat ia datang, maka akan cepatlah saya mendirikan rumah tangga.

“Kalau boleh saya mahu lelaki yang mempunya sifat seperti bapa saya. Seorang yang boleh menjaga saya, hormati kedua-dua ibu bapa dan faham kerjaya saya,” ujar Reen.

Reen dan Mustaqim ketika di ASK2016. Foto dari Instagram Mustaqim.
Reen dan Mustaqim ketika di ASK2016. Foto dari Instagram Mustaqim.

Bercakap soal kerjaya, Reen kini dilantik sebagai duta produk penjagaan badan jenama Asianic. Rangkaian produk ini sesuai bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan spa di rumah. Ia terdiri daripada krim mandian, skrub badan, losyen, syampu, perpi rambut, mandian garam, krim halia dan pencuci wanita.

Ia diformulasikan dari estrak bunga sakura dan susu beras bersama bahan-bahan terbaik seperti lidah buaya dan akar kayu manis. Sebagi pengguna Reen sendiri mengaku perubahan pada diri selepas menggunakan produk ini sejak setahun lalu.

“Disebabkan sibuk bekerja, saya tidak ada banyak masa untuk ke spa. Jadi produk begini dapat membantu saya mendapatkan rawatan spa lima bintang di rumah.

“Selepas menggunakan produk ini kulit saya semakin bersih, lembut dan putih. Saya juga punya keyakinan diri yang tinggi untuk bertemu orang ramai,” cerita Reen.

Related posts

Leave a Comment