You are here
RIZKY FEBIAN belum mahu bercinta Antarabangsa Hiburan 

RIZKY FEBIAN belum mahu bercinta

PENYANYI muda Indonesia, Rizky Febian akui soal cinta belum lagi menjadi keutamaan dalam hidupnya. Jejaka usia 19 tahun ini mahu fokus dalam kerjaya untuk mencapai cita-citanya mengangkat muzik Indonesia.

“Saya belum mahu bercinta. Mahu fokus pada bidang muzik,” komen Rizky soal cinta seperti yang dipetik dari laman Kapan Lagi.

Anak kepada pelawak dan pengacara Sule ini baharu sahaja melancarkan single berjudul Cukup Tau. Rizky berharap karya ini akan tetap berjaya seperti mana lagu-lagu terdahulu iaituKesempurnaan Cinta dan Penantian Berharga.

Bercakap tentang lagu ciptaannya sendiri, kata Rizky dia tidak mengambil jalan mudah  dalam penghasilan karya. Dia mahu peminat menikmati setiap lagu dengan baik.

“Saya tidak cipta dan keluarkan lagu sebarangan. Proses penghasilan yang lama dan susunan muzik juga betul-betul matang.

“Biar orang tahu makna lagu ini. Yang penting orang dapat terima,” jelas Rizky.

Kelebihan bercakap dalam loghat Sunda menjadikan Rizky seorang penyanyi muda istimewa. Bakat ini digunakan sebaik mungkin untuk memajukan muzik Indonesia.

“Saya memiliki warna muzik tersendiri. Saya bercakap dalam loghat Sunda dan begitu juga ketika menyanyi. Saya sedar tidak ramai yang boleh jadi seperti saya.

“Ini adalah bakat saya dan dengan itu harus dikembangkan menjadi satu ciri khas diri saya.

“Saya mahu mengangkat muzik Indonesia agar ke peringkat antarabangsa. Saya tidak mahu berdiam. Harus fikir ke hadapan bagaiamana caranya agar muzik Indonesia dihargai semua orang,” ujar Rizky.

SUMBER: KAPAN LAGI.

Related posts

Leave a Comment