You are here
SAMMY SIMORANGKIR nikah Julai ini Antarabangsa Hiburan 

SAMMY SIMORANGKIR nikah Julai ini

PENYANYI Indonesia, Sammy Simorangkir,35 dikatakan bakal bernikah dengan kekasihnya, Viviane,30 bulan ini. Seperti yang dipetik dari laman KapanLagi, pasangan ini akan mengadakan majlis di Bali, Indonsia.

Menurut Widy yang merupakan pengurus kepada Sammy, tarikh pernikahan adalah antara 20 hingga 22 Julai ini. Majlis tersebut diadakan secara tertutup dan akan dihadiri oleh ahli keluarga serta teman rapat sahaja.

“Majlis di kota Jakarta masih belum pasti akan diadakan. Yang pasti teman-teman rapat akan diundang. Majlis tidak diadakan secara besar-besaran. Konsepnya sekadar majlis kesyukuran keluarga bersama sahabat.

“Persiapannya sudah 85%. Konsep majlis adalah dari mereka sendiri dan saya akan membantu menguruskan acara hari tersebut,” ujar Widy.

Sammy yang merupakan bekas vokalis kumpulan Kerispatih sebelum ini melamar Viviane di Bali dan perkara itu juga dirahsiakan daripada pengetahuan media. Ini merupakan pernikahan kedua buat Viviane.

Sammy dan Viviane. Foto dari Instagram Sammy.

Related posts

Leave a Comment