You are here
Saya maafkan dia – REEN RAHIM Hiburan Tempatan 

Saya maafkan dia – REEN RAHIM

MENGHARAPKAN 2017 sebagai tahun yang baik untuk perkembangan kerjaya, nama pelakon Reen Rahim sedikit tercalar apabila terpalit kontroversi melibatkan kes polis dan dikatakan bersikap tidak profesional.

Akui sedikit terkilan, pemilik nama penuh Noreen Ashikin Abdul Rahim ini memandang postif perkara tersebut dan menganggap sekarang masa terbaik untuk menyerlahkan bakat dalam dunia seni.

“Kalau boleh saya tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Apa boleh buat? Perkara sudah terjadi.

“Memang ada rasa terkilan, namun saya melihat dari sudut positif. Secara tidak langsung orang akan mula kenal nama saya.

“Apabila nama semakin menjadi sebutan, saya akan mulakan langkah untuk serlahkan bakat dalam dunia lakonan. Semoga orang akan sedar tentang bakat saya,” ujar Reen.

Minggu lalu Reen membuat laporan polis selepas merasakan dirinya terancam apabila diugut oleh seseorang yang pernah rapat dengannya.

Apabila ditanya tentang hal tersebut, Reen enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu menimbul sebarang salah faham dengan pihak berkenaan.

“Saya membuat laporan polis agar dia berhenti dari menyebarkan sebarang fitnah dan untuk mempertahankan diri sendiri.

“Saya sudah memaafkan dia dan diharapkan tiada lagi sebarang masalah berbangkit yang boleh memeningkan kepala,” jelas Reen.

Reen ditemui ketika majlis sidang media program Perang Bibir yang akan bersiaran di TV9 bermula 2 Mac ini pada 9.30 malam setiap Khamis. Program 12 episod ini menampilkan 24 artis popular tanah air termasuk Reen sendiri sebagai perserta.

Selain persembahan lip sync bertema, setiap peserta akan menjalani cabaran berbeza dengan hanya menggunakan bibir. Program ini akan dikendalikan oleh Sherry Alhadad dan Dennis Yin sebagai pengacara.

Antara artis yang terlibat dalam Perang Bibir. FOTO: UTUSAN.
Antara artis yang terlibat dalam Perang Bibir. FOTO: UTUSAN.

Related posts

Leave a Comment