You are here
Saya tidak gentar – Fasha Sandha Hiburan Tempatan 

Saya tidak gentar – Fasha Sandha

KEMELUT isu pelakon Fasha Sandha dihalau menghadiri satu acara semakin hangat diperkatakan.

Terbaharu menerusi laman Instagram milik Fasha, dia memberitahu tidak gentar jika ada pihak yang ingin menyaman dirinya kerana telah mencemarkan nama baik pihak tersebut.

“Saya faham pihak penganjur majlis fenomena Aidilfitri Glass Go Media telah memohon maaf pada saya, tetapi saya masih bertekad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Glass Go Media dan mana-mana pihak ketiga kerana telah memalukan saya.

“Saya tidak pernah sama sekali menulis nama sesiapa di dalam laman Instagram saya dan hanya berkongsi perasaan saya tentang apa yang terjadi pada malam tersebut, jadi tidak ada bukti saya memperkatakan kebururukan mana-mana pihak sepertimana didakwa.

“Saya tidak gentar terhadap apa-apa kerana ini bukanlah kali pertama pihak ketiga tersebut menghantar saman.

“Selepas ini pihak ketiga tersebut boleh memberi sebarang penjelasan sambungan tentang perkara ini dan saya tidak akan memberi apa-apa lagi komen dan menyerahkan sepenuhnya kepada peguam saya.

“Saya menganggap tindakan pihak ketiga itu sebagai tindakan kurang matang,” tulis Fasha.

Minggu lalu kecoh di laman sosial apabila Fasha memuat naik gambar di Instagram dan meluahkan rasa tidak puas hati kerana dihalang menghadiri satu majlis pertunjukan fesyen.

Berikutan isu tersebut, ramai netizen menganggap luahan tersebut ditujukan buat pelakon Nora Danish.

Related posts

Leave a Comment