You are here
Sehari makan-makan di Kuantan Trend 

Sehari makan-makan di Kuantan

KEPADA mereka yang merancang untuk melakukan weekend getaways, bandar Kuantan, Pahang mungkin menjadi pilihan terbaik untuk di kunjungi. Apa nak makan apabila tiba di Kuantan? Berikut beberapa cadangan tempat untuk anda singgah apabila berada di sana.

Restoran MABIQ

Restoran ini sebenarnya didirikan di dalam kawasan sebuah sekolah Maahad di Tanjung Lumpur, Kuantan. Pelbagai jenis masakan dihidangkan di sini dengan harga yang sangat berpatutan. Pastinya yang menjadi tumpuan adalah ikan patin masak pais tempoyak.

Satu set hidangan pais patin boleh dikongsi untuk dua orang makan. Jadi memang berbaloi jika anda mahu makan pais dan juga lauk yang lain. Jangan lupa juga cuba sambal hitam dan tempoyak di sini.

Warung Paksu & Maksu

Kalau anda singgah ke Warung Paksu & Maksu yang terletak di Tanjung Lumpur, Kuantan mesti akan rasa teruja melihat pelbagai jenis makanan yang dijual. Antara yang menjadi tumpuan adalah makanan laut yang digoreng dengan tepung, keropok lekor, sata dan kuih-muih tradisi orang pantai timur.

Tak susah pun mencari lokasi warung ini kerana ia sangat popular. Jika tidak menggunakan aplikasi di telefon pintar, tanya sahaja orang tempatan di sana. Semua pasti tahu di mana letaknya Warung Paksu & Maksu.

Kula Cakes

Kek manggocheese dari kafe Kula Cakes, Kuantan mula tular sekitar tahun lalu. Jadi ramai yang akan mencari kafe Kula Cakes jika ke bandar Kuantan. Kafe ini turut menjual pelbagai perisa kek dan juga minuman.

Sara Thai Kitchen

Untuk pilihan makan malam, anda boleh ke Sara Thai Kitchen yang terletak di Jalan Gambut, Kuantan. Selain menyediakan masakan panas seperti tom yam, restoran ini juga menjadi pilihan yang gemarkan boatnoodle.

Tempat yang selesa dan sesuai untuk berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan. Kalau ke sini, jangan lupa untuk mencuba ikan masak stim. Memang terbaik!

GAMBAR : GOOGLE IMAGE

Related posts

Leave a Comment