You are here
Selebriti popular bersama Utusan Karya meriahkan Perhimpunan Agung UMNO ke-71 Buletin Hiburan 

Selebriti popular bersama Utusan Karya meriahkan Perhimpunan Agung UMNO ke-71

UTUSAN KARYA Sdn.Bhd. (UKSB) memeriahkan Perhimpunan Agung UMNO kali ke-71 yang bermula 5 hingga 9 Disember 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan pelbagai aktiviti menarik mengikut orientasi majalah.

Beberapa artis terkenal turut memeriahkan dewan pameran Kumpulan Utusan di Bilik Pulau Pinang antaranya Kaka Azraf dan Miera Leyana yang menghiasi slot Mangga Media dan URTV pada pukul 3.00 petang hari Selasa (5 Disember).

Pada Rabu, pelakon Arja Lee, Andi Bernadee dan Bella Nazari turut memeriahkan aktiviti bertemu pengunjung di ruang pameran. Pada Khamis pula InstaOnline membawa penyanyi muda Nabila Razali untuk sesi ramah mesra pada pukul 1.00 tengah hari. Pada hari Jumaat giliran Farawahida manakala Baby Shima dan Shiha Zikir akan muncul pada hari Sabtu.

Selain membabitkan artis, ada banyak acara melibatkan majalah lain seperti Bicara Kanser Payudara bersama Prof. Dr. Norlia Abdullah oleh majalah iSihat pada pukul 10.00 pagi hari Rabu.

Majalah Al-Islam pula mengambil peluang melancarkan Kempen Wakaf Ilmu Al Islam oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dasuki pada hari Khamis pukul 2.00 petang.

Majalah Wanita memeriahkan acara dengan pertandingan makeover solekan dan solekan suami isteri pada hari Sabtu pukul 3.00 petang bersama jenama Airis London.

Majalah Saji pula mengadakan aktiviti bersama chef selebriti Prof. Chef Zam pada hari Khamis pukul 4.00 petang manakala Mastika pula dengan aktiviti imbas penyakit misteri bersama pengamal perubatan alternatif pada hari Jumaat pukul 4.00 petang.

Pemenang Anugerah Sastera Kumpulan Utusan Salina Ibrahim dan Md. Nizar Parman juga turut muncul bertemu pembaca pada hari Khamis pukul 3.00 petang. Salina juga akan muncul pada hari Sabtu pukul 12.00 tengah hari.

Majalah URTV yang mengeluarkan pewangi jenama URTV turut menyediakan hamper sebagai hadiah kenang-kenangan kepada pengunjung. Tudung jenama Hijab Fesyen juga turut dipamerkan.

Related posts

Leave a Comment