You are here
SENAMAN DENGAN MEDICINE BALL Trend 

SENAMAN DENGAN MEDICINE BALL

PELBAGAI cara dan peralatan yang boleh digunakan ketika bersenam. Selalunya dumbell menjadi pilihan ramai kerana ia popular dan mudah dilakukan. Ramai yang tidak tahu medicine ball boleh membakar lemak lebih pantas.

Kajian dari jurnal Strength and Conditioning Research menunjukkan pemain bola keranjang yang menggunakan medicine ball dalam latihan mampu meningkatkan kekuatan, stamina dan penampilan diri. Namun, berhati-hati memilih medicine ball kerana ia memiliki berat yang berbeza-beza. Anda dinasihatkan menggunakan bola yang mampu diangkat dalam tempoh lapan ke-12 gerakan.

Berikut adalah tiga gerakan senaman menggunakan medicine ball yang boleh anda praktikkan di rumah. Selamat mencuba.

Squat jump to press

Squat 90 darjah dengan kaki dibuka luas. Pegang sebiji bola separas bahu dengan tangan dibengkokkan 30 darjah sebagaimana gambar. Kemudian lompat setinggi mampu dengan bola ditolak melepasi kepala, kaki dirapatkan dan diluruskan. Duduk semula sebagaimana permulaan. Ulang selama 30 saat.

Round the world

Berdiri tegak di hadapan bola dengan tangan berada di sisi. Kemudian angkat kaki kiri separas 6 inci. Pastikan bola berada tepat di bawah kaki yang diangkat. Manakala kedudukan tangan pula seolah-olah sedang berlari seperti gambar. Mulakan gerakan dengan menukar kaki kanan secara berselang seli sebagaimana kedudukan awal sambil menghayunkan tangan seperti berlari. Ulang selama 30 saat.

Squat arc

Berdiri dengan kaki dibuka luas. Pegang bola dengan kedua-dua tangan. Pastikan tangan diluruskan. Sebelum memulakan gerakan, rendahkan badan seperti squard. Manakala bola pula dipegang menyentuh lantai. Dengan gerakan cepat, berdiri dengan bola dijulang ke kanan dan dihayun ke kiri. Kembali semula ke kedudukan asal. Lakukan gerakan yang sama untuk bahagian kiri. Ulang selama 30 saat.

 

SUMBER: MAJALAH I-SIHAT
FOTO: ROHAIDA ZULKILFI

 

 

Related posts

Leave a Comment