You are here
SENIMAN sedia bantu DATUK FARID KAMIL Hiburan Tempatan 

SENIMAN sedia bantu DATUK FARID KAMIL

PERSATUAN SENIMAN menerusi satu kenyataan rasmi kepada media hari ini memberitahu sedia untuk membantu pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil yang direman berikutan kes menampar seorang anggota polis minggu lalu.

“Berikutan dengan penahanan pelakon Datuk Farid Kamil baru-baru ini di Balai Polis Kota Damansara atas tuduhan menampar anggota polis dan orang awam Seniman berharap dan memohon agar orang ramai berhenti untuk membuat sebarang spekulasi dan andaian berhubung perkara tersebut.

“Kita harus menghormati pihak berkuasa dan memberikan mereka ruang untuk menjalankan siasatan tanpa sebarang gangguan, kita juga harus memberikan sedikit ruang buat keluarga Datuk Farid Kamil untuk menyelesaikan perkara ini.

“Seniman juga sedia membantu pihak Datuk Farid Kamil dari pelbagai aspek termasuk khidmat kaunseling sekiranya Seniman diminta berbuat demikian dan ia bergantung kepada kemampuan Seniman sendiri,” jelas kenyataan media tersebut.

Minggu lalu dunia hiburan kecoh apabila Farid Kamil ditahan di balai polis Kota Damansara atas tuduhan menampar anggota polis dan juga orang awam. Berikutan kes tersebut mahkamah menetapkan Farid kini direman pihak berkuasa.

Related posts

Leave a Comment