You are here
SHAH RUKH KHAN nampak muda bukan kerana botoks Antarabangsa Hiburan 

SHAH RUKH KHAN nampak muda bukan kerana botoks

BINTANG Bollywood Shahrukh Khan (SRK) masih terus menjadi kegilaan ramai peminat sekali pun kini semakin ramai artis baharu dalam industri filem. Bukan sahaja lakonannya yang menjadi kesukaan ramai, malah wajah muda pelakon usia 51 tahun ini sering diperkatakan peminat.

Apa rahsia di sebalik penampilan bapa kepada tiga anak ini? Jika ada yang beranggapan SRK mendapatkan suntikan botoks atau melakukan pembedahan plastik, ada silap.

“Saya seorang bintang filem berusia 51 tahun dan sehingga kini saya belum menggunakan suntikan botoks. Saya memang suka beraksi seperti lelaki usia 21 tahun dalam filem lakonan saya,” ujar SRK dalam satu tembual.

Menurut pelakon yang popular dengan filem seperti Kuch Kuch Hota Hai dan Devdas ini, dia tidak mahu mendapatkan rawatan botoks kerana bimbang akan ada kedutan pada wajah. Kata SRK lagi dia juga masih terus berjuang dalam industri filem sama seperti pelakon seusia dengannya.

SUMBER: KAPAN LAGI

 

Related posts

Leave a Comment