You are here
Shahir tarik diri AF Megastar? Hiburan Tempatan 

Shahir tarik diri AF Megastar?

NAMA finalis AF Megastar, Shahir terus menjadi bualan hangat berikutan isu kononnya dia punya teman istimewa bernama Mona.

Dalam beberapa laporan media sebelum ini, Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi, 29, telah pun menafikan bahawa wanita itu adalah kekasihnya.

Sementara itu Mona pula mengakui dia kenal rapat dengan Shahir dan mereka pernah keluar bersama sebelum ini.

Berikutan isu tersebut, Shahir menerusi laman Instagram miliknya merasakan dia seakan disabotaj. Apa lagi tatkala kini senang sibuk membuat persiapan konsert akhir AF Megastar hujung minggu ini.

Dengan status gambar yang dimuat naik itu juga, Shahir seakan mahu menarik diri dari pentas akhir AF Megastar.

“Tidak senang hati rupanya melihat Allah memberi rezeki kepada saya. Cubaan sabotaj demi sabotaj untuk menutup periuk nasi saya.

“Baiklah demi merealisasikan impian mereka menghancurkan karier saya, insyaAllah saya sendiri akan tarik diri dari pentas akhir AF Megastar,” tulis Shahir.

Pasti peminat mengharpkan Shahir tidak berputus asa dan meneruskan perjuangan hingga ke peringkat akhir.

Selain Shahir, bintang yang akan bersaing di peringkat akhir adalah Idayu, Bob, Marsha dan Syamel.

Related posts

Leave a Comment