You are here
Sharnaaz Ahmad nikah hujung Mac Hiburan Tempatan 

Sharnaaz Ahmad nikah hujung Mac

PELAKON Sharnaaz Ahmad,32 hari ini mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga bersama Noor Nabila Mohd Nor pada 31 Mac nanti. Majlis pernikahan pasangan ini akan berlangsung di kediaman Nabila di Kuala Lumpur.

Dalam sidang media pengumuman tarikh tersebut, mereka turut memberitahu akan mengadakan dua majlis resepsi iaitu di Kuala Lumpur pada 2 April dan di Pulau Pinang (16 April).

Tarikh 31 Mac dipilih setelah perbincangan keluarga kedua-dua belah pihak dan mereka bersetuju agar pernikahan segera dilangsungkan. Keluarga Sharnaaz sebelum ini telah merisik Nabila pada Disember lalu.

“Tiada yang istimewa tentang pemilihan tarikh tersebut. Keluarga yang mahu kami segera nikah dan tidak perlu tunggu setahun selepas risik.

“Mengikut kalendar Islam juga tarikh tersebut jatuh pada bulan yang baik.

“Kami juga mahu utamakan perkara yang wajib sahaja dan tidak perlu membazir untuk satu majlis besar,” cerita Sharnaaz.

Pelakon yang popular dengan drama Suamiku Encik Sotong ini mula mengenali Nabila sejak empat tahun lalu dan dia telah melamar pada September tahun lalu.

Nabila merupakan kakak kepada pengacara dan pelakon

Related posts

Leave a Comment