You are here
SHARNAAZ AHMAD tak tidur malam tunggu hari bahagia Hiburan Tempatan 

SHARNAAZ AHMAD tak tidur malam tunggu hari bahagia

DALAM tempoh kurang  tiga bulan menjelang hari bahagia, pelakon Sharnaaz Ahmad sukar tidur malam. Satu perasaan yang tidak pernah dia lalui sebelum ini dan pastinya Sharnaaz sendiri sentiasa memikirkan tanggungjawab yang bakal digalas setelah bergelar suami nanti.

Pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir,32 ini bakal mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya Noor Nabila Mohd Nor pada 31 Mac nanti. Pasangan ini kemudian akan diraikan dalam dua majlis resepsi di Kuala Lumpur dan juga Pulau Pinang.

“Tidak pernah rasanya saya berjaga sehingga pagi sebelum ini. Kadang-kala saya sendiri tidak tahu apa yang dirisaukan sehingga tidak boleh lelap tidur. Bapa Nabila tahu apa yang saya alami dan dia sering bertanya khabar.

“Memang gementar menunggu hari pernikahan. Kalau dihitung mengikut hari atau jam memang semuanya semakin hampir.

“Selepas ini saya bakal memikul tanggungjawab yang lebih besar sebagai seorang suami. Saya perlu fikirkan selepas ini ada seorang lagi yang perlu diberi makan selain diri sendiri,” ujar Sharnaaz.

Bercerita soal persedian berumah tangga, kata Sharnaaz juga dia banyak mendalami ilmu agama agar dapat jadi seorang suami yang baik buat Nabila. Pasangan ini mula kenal sejak tahun 2015 dan September tahun lalu, Sharnaaz melamar Nabila untuk dijadikan suri hatinya.

“Selain mendekatkan diri dengan Allah, saya juga sering duduk sendirian memikirkan bahawa diri iniakan berkahwin tidak lama lagi. Saya pun tak sangka akan berkahwin juga akhirnya.

“Ini adalah permulaan baru dalam hidup saya dan sebab itu saya mahu lengkapkan diri dan betul-betul bersedia sebelum melangkah ke sat fasa yang berbeza,” ujar Sharnaaz.

Related posts

Leave a Comment