You are here
SHERRY ALHADAD tepu kerana asyik diberi peranan komedi Hiburan Tempatan 

SHERRY ALHADAD tepu kerana asyik diberi peranan komedi

BIMBANG peminat bosan dengan penampilannya yang sering membawa unsur komedi, Sherry Alhadad mengambil langkah memperlahankan kerjaya dalam bidang lakonan dan pengacraan.

Dalam masa sama, Sherry juga sedar dia bukanlah seorang yang sudah punya pengalaman luas dalam industri sehingga boleh meletakkkan dirinya merasa bosan untuk bekerja.

“Bukanlah saya mahu berhenti dari menjadi pengacara dan pelakon. Sekadar rehat seketika atau tidak mengambil tawaran kerja dalam tempoh waktu tertentu.

“Siapalah saya untuk katakan mahu rehat dari dunia seni? Bukannya saya ada pengalaman luas seperti sudah 20 tahun dalam industi.

“Saya takut penonton bosan kerana saya sering diberikan watak komedi. Selain saya ada masanya saya juga merasa tepu sehingga tiada idea untuk dikeluarkan lagi,” ujar Sherry.

Menurut Sherry sebagai langkah agar tidak pernah kering idea, dia akan meluangkan masa bertemu rakan-rakan terdekat.

“Saya suka berjumpa orang dan setiap mereka ada cerita serta minat tersendiri. Dari situ saya dapat idea baru dalam setiap persembahan lakonan atau sebagai pengacara,” jelas Sherry.

Terbaru Sherry bergandingan dengan Dennis Yin sebagai pengacara dalam program Perang Bibir yang akan mula bersiaran pada 2 Mac ini di saluran TV9 jam 9.30 malam. Selain itu drama lakonan Sherry berjudul Yam Melaram juga akan disiarkan di saluran sama.

Pertama kali bergandingan dengan Dennis. FOTO: UTUSAN.
Pertama kali bergandingan dengan Dennis. FOTO: UTUSAN.

Related posts

Leave a Comment