You are here
Shidi kongsi kisah tidak makan nasi tiga hari Hiburan Tempatan 

Shidi kongsi kisah tidak makan nasi tiga hari

BERGELAR seorang selebriti bukanlah sesuatu yang seperti yang disangka ramai peminat. Di sebalik dunia yang penuh glamor, tidak ramai yang tahu betapa sukarnya mempertahankan nama dalam industri.

Bagi Shidi yang merupakan vokalis kumpulan dan dan bekas peserta Gegar Vaganza musim ke-3, pengalaman susah dan senang selama lebih 25 bergelar anak seni menjadi dia terus kuat untuk memperjuangkan karya.

Pemilik nama penuh Rashidi Rashid,45 ini berkongsi bagaimana dia dan ahli kumpulan Data yang lain mengharungi cabaran sepanjang bersama.

Katanya kumpulan Data berbeza dengan kumpulan penyanyi lama lain kerana setelah 25 tahun mereka mengharungi cabaran dalam bidang muzik tetapi masih kekal bersama dalam satu kumpulan sehingga hari ini.

“Sebenarnya kami satu sekolah yang sama, membesar bersama sehingga tiada sebab untuk kami berpecah dari kumpulan ini.

“Apa yang istimewanya kumpulan kami ialah kekuatan yang dibina dari semangat dalam diri masing-masing, saling mempercayai antara satu sama lain dan bersikap bersatu hati.

rhda6278
Shidi jadikan zaman kesusahan sebagai pengajaran buatnya. Foto: ROHAIDA ZULKIFLI

Shidi turut ditanya bagaimana kesusahan yang dialami sebelum meningkat naik dan mempunyai peminat rock jiwang.

“Kesusahan yang pernah dialami tidak pernah mematahkan semangat kami untuk terus berjuang di pentas nyanyian.

“Sehingga suatu saat kami tidak makan nasi selama tiga hari dan hanya makan beberapa keping biskut sahaja. Hal ini kerana, kami terpaksa bersaing dengan kumpulan lain dan penyanyi-penyanyi hebat pada zaman itu.

“Hampir lapan tahun dalam industri muzik dan pelbagai dugaan yang kami lalui, baru peminat mengenali kumpulan Data dan ahli-ahli.

“Teringat akan pesanan arwah ayah saya berkata jika ingin menjadi seorang pemuzik, jangan jadi seperti dirinya, tetapi pastikan berusaha sehingga memperoleh pendapatan yang kukuh,” katanya.

Bapanya, Rashid Saad, 76, telah meninggal dunia tujuh tahun yang lalu kerana menghidap penyakit kanser.

Dalam masa yang sama, sebuah syarikat kelab malam di tempat dia bekerja telah menipu mereka sekumpulan walaupun pada zaman itu nama kumpulan Data telah stabil dan dikenali ramai.

Kejadian tersebut juga berlaku di saat perkahwinan pertamanya sedang bergolak. Kesedihan yang di alaminya pada suatu ketika dahulu adalah sebuah pengajaran yang bernilai untuk dia lebih berhati-hati kini.

Related posts

Leave a Comment