You are here
SIMONE BILES jawab isu dadah Sukan 

SIMONE BILES jawab isu dadah

BERIKUTAN isu penggunaan dadah terlarang, atlet gimnastik Amerika Syarikat, Simone Biles,19 menjelaskan dia telah mengambil ubat untuk ADHD (attention-deficit/hyperactivity disodser) sejak kecil dan ia adalah atas nasihat doktor.

Beberapa hari sebelum ini, isu tersebut menjadi perhatian ramai apabila sebuah kumpulan pengintip siber yang dikenali sebagai Fancy Bear menggodam data World Anti-Doping Agency (WADA) dan menyebarkan maklumat tentang Biles.

“Saya menghidap ADHD dan mengambil ubat sejak kecil. Saya sentiasa mengikut peraturan dalam sukan akan terus bermain secara adil kerana ia penting buat saya.

“Menghidap ADHD dan mengambil ubat bukanlah satu perkara yang memalukan dan saya tidak takut jika orang tahu akan hal tersebut,” jelas Biles menerusi laman Twitter miliknya.

Dalam acara Olimpik Rio 2016 lalu, Biles berjaya membawa pulang empat pingat emas dan satu gangsa.

SUMBER: PEOPLE

Related posts

Leave a Comment