You are here
SITI NORDIANA doa soal jodoh di tanah suci Hiburan Tempatan 

SITI NORDIANA doa soal jodoh di tanah suci

PENYANYI dan pelakon Siti Nordiana bakal mengerjakan umrah pada Disember nanti bersama anak dan ahli keluarganya. Pertama kali menjejakkan kaki ke tanah suci, Siti Nordiana atau Nana berharap perjalanannya akan berjalan lancar.

“Sudah lama saya berniat untuk mengerjakan umrah, tetapi baru tahun saya berpeluang ke sana. Saya akan membawa anak, ayah dan abang ke tanah suci.

“Semestinmya apabila ke sana, pelbagai doa yang saya harapkan kerana kata orang berdoa di tanah suci akan cepat dimakbulkan. Antaramya saya mahu berdoa untuk jodoh yang baik dan kerjayaan di dunia serta akhirat.

“Sebagai persediaan mengerjakan ibadah, saya banyak memperbaiki diri menjadi seorang yang lebih baik dengan tidak meninggalkan solat,” cerita Nana.

Bercerita soal kerjaya, Nana sekali lagi akan berganding dengan pelakon Alif Satar dalam drama berjudul Pengantin Musim Salju. Mereka sebelum ini pernah berlakon sama dalam drama dan teater Dia Semanis Honey.

Selain itu lagu terbaharu Nana berjudul Terus Mencinta turut dipertandingkan dalam Separuh Akhir Muzik Muzik 32. Bersaing dengan ramai penyanyi baharu, Nana mula merasakan debaran apabila banyak mata tertumpu pada persembahannya nanti.

“Rasa gementar untuk bertanding sama seperti saya menyertai Gegar Vaganza sebelum ini. Saya mula merasakan tekanan apabila orang meletakkan harapan tinggi untuk saya layak ke Anugerah Juara Lagu.

“Saya lebih suka jadi peserta underdog. Saya hanya tumpukan pada nyanyian tanpa perlu fikir pandangan orang lain ketika membuat persembahan,” ujar Nana.

 

Related posts

Leave a Comment