You are here
Siti Nurhaliza kini bergelar Datuk Seri Hiburan Tempatan 

Siti Nurhaliza kini bergelar Datuk Seri

TAHNIAH buat penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza,38 yang kini memegang gelaran Datuk Seri.

Anugerah tersebut dikurniakan sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di sini hari ini.

Siti Nurhaliza, 38, yang merupakan anak kelahiran Lipis dianugerahkan darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyempurnakan istiadat pengurniaan darjah dan pingat di Balairong Seri, Istana Abu Bakar.

SUMBER – UTUSAN ONLINE

Related posts

Leave a Comment