You are here
Syabas Malaysia! Sukan 

Syabas Malaysia!

BERAKHIRNYA Sukan Olimpik Rio 2016 di Brazil meninggalkan seribu kenangan buat lebih 11 000 atlet dari 206 negara yang bertanding.

Syabas buat semua atlet Malaysia yang telah mengharumkan nama negara. Diharapkan lagu Negaraku bakal berkumandang dalam Sukan Olimpik akan datang yang bakal berlangsung di Tokyo, Jepun pada tahun 2020.

Kebanggaan Malaysia

Buat peminat sukan Malaysia kejayaan membawa pulang lima pingat secara keseluruh pastinya sesuatu yang membanggakan. Ini juga memberi semangat untuk atlet muda negara agar terus menyinar di persada dunia.

Malaysia meraih perak dalam acara 10 meter terjun berirama menerusi gandingan Pandalela Rinong dan Cheong Jun Hoong, badminton bergu campuran (Chan Peng Soong & Goh Liu Ying), bergu lelaki (Goh V Shem & Tan Wee Kiong) serta perseorangan lelaki (Datuk Lee Chong Wei). Manakala satu gangsa pula dalam acara keirin menerusi Azizulhasni Awang.

Cheong Jun Hoong dan Pandalela Rinong.
Cheong Jun Hoong dan Pandalela Rinong.

Peng Soon & Lui Ying.Peng Soon & Lui Ying.

Azizul
Azizul

Pita Taufatofua tarik perhatian

Nama atlet taekwando, Pita Taufatofua menjadi sebutan ramai selapas acara pembukaan Rio 2016. Pita yang menjadi pembawa bendera bagi negara Tonga menarik perhatian ramai kerana tampil tidak berbaju sekali gus membuatkan ramai anak gadis yang mula jatuh hati.

pita

Michael Phelps umum persaraan

Michael Phelps terus mencatat sejarah sebagai pemenang pingat Olimpik terbanyak. Atlet renang Amerika Syarikat ini meraih lima emas di Rio 2016 menjadi 28 emas secara keseluruhan di Olimpik. Dia kemudian mengumumkan persaraan, namun ini bukahlah kali pertama Phelps membuat kenyataan tersebut. Mungkin dia akan bertanding sekali lagi di Tokyo 2020.

phelphs

Joseph Schooling tewaskan idola

Di sebalik kejayaan besar Phleps, nama atlet renang Singapura, Joseph Schooling turut menjadi perhatian. Schooling menewasakn Phelps dalam acara 100 meter kupu-kupu untuk meraih emas pertama Singapura. Phelps merupakan idola Schooling sejak kecil dan gambar pertama mereka bersama lapan tahun dahulu turut menjadi viral di media sosial.

schooling 1

Usain Bolt kekalkan emas Olimpik

Jaguh pecut dunia, Usain Bolt dari Jamaica mengekalkan emas untuk tiga edisi berturut-turut. Boleh meraih emas dalam acara 100 meter, 200 meter dan 4×100 meter pada Olimpik Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016.

bolt

 

FOTO: UTUSAN & REUTERS

Related posts

Leave a Comment